Prospek hartanah 2026
1 day ago
PERMINTAAN sektor hartanah negara bagi tahun 2026 dijangka memasuki fasa pemulihan sederhana selepas beberapa tahun menghadapi tekanan kos, kelembapan jualan dan ketidaktentuan ekonomi.Pelbagai faktor termasuk kadar faedah, kos sara hidup serta trend migrasi ke bandar memberi impak kepada permintaan hartanah, menjadikan pasaran tahun depan lebih mencabar tetapi tetap menarik untuk pelabur mahupun pembeli.Trend pemulihan tersebut dijangka berlaku secara tidak sekata antara segmen atau lokasi dengan kawasan tertentu seperti bandar utama dan hab perindustrian menunjukkan peningkatan lebih jelas berbanding kawasan lain.Berdasarkan data pemain industri dan perunding hartanah seperti Rahim & Co, sektor hartanah diramalkan akan pulih sepenuhnya pada tahun 2026.Transaksi kediaman juga disasarkan meningkat secara sederhana dengan permintaan pembelian diramalkan naik antara tiga hingga lima peratus berbanding tahun 2025, menandakan keyakinan beransur pulih dalam kalangan pembeli.Bagaimanapun, pemulihan pasaran dijangka berlaku secara berperingkat kerana beberapa cabaran masih wujud.Kos pembinaan yang tinggi, keperluan pematuhan yang semakin ketat serta kemampuan pembeli yang terhad dijangka mengekang pertumbuhan pada segmen tertentu.Faktor ini juga menuntut pemaju untuk lebih berhati-hati dalam merancang projek baharu terutama bagi kediaman mampu milik dan kawasan bandar yang mempunyai permintaan tinggi.Di samping itu, sentimen pembeli turut dipengaruhi ketidaktentuan ekonomi, kadar faedah dan kos sara hidup yang meningkat.Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, permintaan terhadap hartanah pada 2026 dijangka meningkat sederhana, bukannya secara drastik."Harga kediaman dijangka naik antara dua hingga empat peratus secara purata di kawasan tertentu manakala kawasan bandar mungkin mencatat kenaikan enam hingga lapan peratus."Secara keseluruhan, kadar dua hingga empat peratus adalah normal dalam sektor hartanah."Kita juga menjangkakan permintaan hartanah bagi sektor bukan kediaman meningkat tahun depan terutamanya dalam industri perniagaan dan komersial, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Tambahnya, faktor utama yang mendorong unjuran itu termasuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka kekal stabil dalam jangka panjang."Apabila kadar OPR tidak naik dan kadar faedah kekal stabil, orang lebih yakin untuk membeli hartanah. Kita menjangkakan tiada anjakan besar."Kedua, permintaan tinggi untuk memiliki rumah mampu milik yang kekal kukuh terutamanya daripada golongan B40 dan M40 yang berhasrat memiliki hartanah," katanya.Dasar kerajaanSelain itu, Azizul Azli berpandangan, dasar kerajaan juga terus menyokong pasaran perumahan seperti pelbagai insentif belanjawan."Antaranya, Transit Oriented Development (TOD) sekitar kawasan Light Rail Transit (LRT) dan Mass Rapid Transit (MRT) serta rangsangan sektor pembinaan. Apabila infrastruktur bertambah, nilai hartanah meningkat dan minat beli kekal tinggi."Selain itu, kita menjangkakan pasaran ekonomi akan pulih secara konsisten, disokong oleh sektor pembuatan dan peluang pekerjaan," ujarnya.Beliau berkata, pertumbuhan sektor industri dan logistik juga dijangka mendorong peningkatan permintaan kediaman apabila lebih ramai orang berpindah ke bandar."Perpindahan generasi juga menyumbang kepada permintaan. Pelajar yang menamatkan pengajian akan menetap dan wujud bandar-bandar baharu seperti di Iskandar Malaysia dan Cyberjaya. Ini akan menimbulkan permintaan terhadap kediaman baharu."Seterusnya, pasaran mula stabil selepas isu lebihan stok (overhang) dan pembetulan dari 2020 hingga 2024. Dengan kos pembinaan yang meningkat, harga hartanah sukar turun dengan ketara," katanya.Dalam pada itu, Pengarah Urusan syarikat pemaju, KPM Group, Chin Yin Foong berkata, harga hartanah pada 2026 dijangka lemah namun masih optimistik."Ketidakpastian ekonomi negara, kenaikan kos sara hidup serta peningkatan harga hartanah akibat kos pembinaan yang tinggi menjejaskan kemampuan dan kelayakan orang ramai untuk membeli," katanya.Beliau berkata, kenaikan kos binaan sering disebut sebagai faktor utama peningkatan harga rumah walaupun margin keuntungan beberapa syarikat pembangunan masih tinggi."Di Malaysia, ramai pemaju berskala kecil. Kos tanah, pembinaan dan keperluan pematuhan yang tinggi mendorong pemaju menaikkan harga jualan untuk mengekalkan keuntungan dan menampung kos operasi syarikat."Maka, harga rumah baharu mungkin kekal pada tahap semasa tetapi berpotensi meningkat pada masa akan datang," ujarnya.Yin Foong berpandangan, pemaju dijangka menghadapi cabaran utama dalam pasaran hartanah 2026 terutama kos pematuhan tinggi dan kemampuan pembeli yang semakin terhad.INFO7 faktor menyokong permintaan hartanah pada 2026:1. Kadar OPR stabil2. Permintaan rumah mampu milik tinggi3. Dasar kerajaan menyokong4. Pemulihan ekonomi5. Pertumbuhan industri dan logistik6. Perpindahan generasi7. Penstabilan Pasaran...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

