Amanz
1 day ago
DJI turut mengesahkan bahawa ini akan memberi kesan kepada semua produk DJI, bukan sahaja dron seperti yang dilaporkan sebelum ini. Selain daripada dron, kamera aksi mereka turut akan terkesan akibat arahan ini, dan semua produk dibawah jenama tersebut akan perlu ditarik dari rak-rak jualan produk di seluruh negara itu. Melalui kenyataan yang dikeluarkan, nampaknya produk baru yang dilancarkan juga tidak akan dibenarkan untuk dibawa masuk ke negaara itu.

Mereka yang sudahpun memiliki produk DJI dilihat boleh terus menggunakannya seperti biasa, tetapi kebarangkalian bahawa DJI tidak dibenarkan untuk menjual produk yang sudahpun di pasaran Amerika Syarikat selepas tarikh tersebut dilihat sebagai sangat tinggi.
Menurut US Customs and Border Protection, halangan penjualan produk-produk tersebut adalah kerana DJI melanggar akta Uyghur Forced Labor Prevention Act, yang mana DJI telah mengatakan bahawa tuduhan tersebut adalah palsu.

DJI juga dilaporkan telah cuba untuk mendapatkan perhatian daripada beberapa agensi kebangsaan seperti Department of Defense, Department of Homeland Security, Federal Bureau of Investigation, dan National Security Agency untuk memulakan proses audit sekuriti, tetapi tidak ada satu agensi pun yang telah membalas pertanyaan syarikat tersebut.
DJI akan menjadi syarikat China terbaru selepas Huawei dan ZTE yang akan memasuki senarai FCC Covered List yang mengharamkan produk-produk baru daripada memasuki pasaran Amerika Syarikat secara rasmi. Bukan itu sahaja, pihak FCC juga boleh mengharamkan produk-produk yang sudahpun menerima kelepasan sebelum ini, memaksa DJI untuk tidak lagi menjual produk-produk mereka walaupun ia sudah berada di pasaran tersebut.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

