Amanz

1 day ago

Amanz
Apple akan menghasilkan iPhone boleh dilipat dengan ura-ura mengenai sudah didengari .

Lukisan menunjukkan iPhone dengan tubuh berbentuk hampir empat segi sama dalam kedudukan dilipat dan akan menjadi segi empat tepat apabila dibuka. Ukuran tubuhnya ialah 120.6 x 83.8 x 9.6 mm yang menjadikannya lebih kecil berbanding Galaxy Z Flip7 dengan ukuran 166.7 x 75.2 x 6.5 mm. Walaupun lebih kecil iPhone lipat adalah lebih lebar tetapi sedikit lebih tebal.

Walaupun saiz seakan Galaxy Z Flip7, peranti ini mempunyai rekaan buku seakan Galaxy Z Fold7. Ia mempunyai skrin sekunder di luar dan satu lubang kamera swafoto. Lukisan tidak menunjukkan ia menyokong sistem Face ID. Adalah dipercayai iPhone lipat dilengkapi skrin luar sebesar 5.3″dengan skrin dalam pula sebesar 7.7″.

Dapat juga dilihat peranti dilengkapi dwi-kamera utama di belakang dengan bonggol iPhone Air serta kawasan pengesan nirwayar MagSafe. Turut dapat dilihat adalah butang kuasa serta Action Button diletakkan pada sisi pintu kanan peranti.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description