Amanz

1 day ago

Amanz
iCity Shah Alam merupakan satu kawasan bandar dengan pelbagai lokasi-lokasi menarik untuk seisi keluarga. Terkini, iCity Berhad telah membuka Pusat Pengalaman AI World di Galeri Jualan i-City, Shah Alam, Selangor yang menandakan pengaktifan fizikal kawasan bandar yang didayakan kecerdasan buatan pertama di Malaysia.

Dibangunkan melalui kerjasama i-Berhad dan AgiBot, sebuah syarikat pembangun teknologi robot dari Shanghai, China, Pusat Pengalaman AI World merupakan sebuah ruang pameran imersif AI dan robotik berskala besar, menawarkan pengunjung pendedahan langsung tentang bagaimana AI akan diterapkan merentasi persekitaran kediaman, komersial, kesejahteraan dan gaya hidup di i-City.

Melalui pameran-pameran dan demonstrasi interaktif yang diperlihatkan pada Pusat Pengalaman AI World ini, pengguna boleh melihat bagaimana robot dan kecerdasan buatan akan diterapkan dalam kehidupan seharian rakyat, daripada penjagaan kebersihan rumah, ke penjagaan orang-orang tua dan lain-lain.

Selain sebagai pusat tarikan pengunjung, Pusat Pengalaman AI World ini juga boleh dikunjungi oleh para pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk melibatkan diri mereka dalam pengalaman membangunkan teknologi robotik dan kecerdasan buatan.

Buat masa ini, Pusat Pengalaman AI World sudah dibuka kepada orang ramai secara preview sementara i-Berhad dan AgiBot menambahakan pelbagai lagi pameran, zon aktiviti dan kemudahan-kemudahan baru sebelum ia dibuka secara rasmi pada awal tahun hadapan.

Menurut i-Berhad dan AgiBot, pusat pengalaman ini akan dibuka secara rasmi pada 13 Januari 2026, dan akan menampilkan sebanyak 100 robot humanoid yang akan memperlihatkan pelbagai kemampuan robot-robot ini melalui proses automasi dan juga kawalan secara jarak dekat dan juga jarak jauh.

Pusat Pengalaman AI World terletak di sebelah Taman Tema i-City, mengambil-alih lokasi Galeri Jualan i-City di bandar i-City Shah Alam.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description