'Terima kasih PM' - Penduduk harap titi gantung diganti dengan jambatan besi
1 hour ago
KUALA KRAI - Penduduk menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tindakan pantas beliau mengumumkan serta mengarahkan segera penggantian titi gantung yang runtuh di Sungai Chatel Damai, Lata Rek di sini pada Khamis. Pada masa sama mereka juga berharap agar titi gantung itu digantikan dengan jambatan besi kerana strukturnya lebih kukuh. Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari berkata, hal ini kerana titi gantung tetap berisiko terutama kepada pengguna motosikal."Sekarang ini penduduk terpaksa meredah air sedalam 0.4 hingga 0.6 meter untuk menyeberangi sungai."Ini kerana laluan alternatif yang ada jaraknya terlalu jauh serta mengambil masa yang lama," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Mohd Zaki berkata, titi gantung tersebut menghubungkan laluan utama dengan lima buah rumah yang dihuni oleh lebih 20 penduduk.Bagaimanapun katanya, ramai penduduk di kampung berhampiran turut menggunakan kemudahan berkenaan.Menurutnya, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Fauzi Abdullah sudah bercadang akan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai pada Ahad untuk membincangkan lebih lanjut berkenaan perkara tersebut."Mewakili penduduk di sini, kami sangat terharu dan gembira apabila kepimpinan atasan mengambil cakna terhadap permasalahan yang berlaku."Terima kasih Perdana Menteri, Menteri Besar dan semua pihak," katanya.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Perdana Menteri mengarahkan penggantian segera titi gantung yang runtuh di Sungai Chatel Damai, Lata Rek di sini demi keselamatan dan kemudahan rakyat.Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, arahan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan jambatan berkenaan telah dikeluarkan.Sebelum itu pada Khamis, suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sebuah titi gantung runtuh secara tiba-tiba sehingga menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek di sini.Kejadian kira-kira jam 2 petang itu telah menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh di atas batu, manakala kanak-kanak cedera di bahagian kepala serta tiga lagi alami luka ringan serta sesak nafas.Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila rombongan pengantin lelaki bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung berkenaan....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

