Perhilitan tangkap dua gajah liar ceroboh kawasan ladang
1 hour ago
KOTA TINGGI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya menangkap dua ekor gajah liar yang dilaporkan menceroboh kawasan ladang di Ulu Sedili di sini pada Jumaat.Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, tangkapan itu dibuat susulan aduan yang diterima daripada pengurusan Ladang Johor Plantation Group (JPG) pada Khamis mengenai kehadiran dua ekor gajah di kawasan Ladang Pasir Logok, Ulu Sedili."Hasil aduan tersebut, dua ekor gajah jantan dewasa berjaya ditangkap, di mana seekor gajah dengan saiz tapak kaki hadapan 13 inci ditangkap di Ladang Tenggaroh 12, Mersing pada jam 12.05 tengah hari, manakala seekor lagi dengan saiz tapak kaki hadapan 15 inci ditangkap berhampiran Ladang Pasir Logok, Ulu Sedili pada jam 4.30 petang."Kedua-dua gajah yang ditangkap itu dipercayai merupakan pecahan daripada kumpulan utama di Jemaluang yang sebelum ini dilaporkan sering memasuki kawasan Ladang Pasir Logok serta kawasan pembinaan Kompleks Penapisan Minyak Sawit Ulu Sedili yang masih dalam fasa pembinaan."Gajah-gajah ini ditangkap atas faktor keselamatan pekerja pembinaan, pekerja ladang serta penduduk kampung di sekitar kawasan konflik," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sementara itu, Tian Soon berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan gajah-gajah terbabit sehingga proses pemindahan ke habitat yang lebih sesuai selesai dilaksanakan."Sebelum ini, aduan turut diterima daripada pekerja pembinaan di kawasan kilang berhubung kehadiran gajah di tapak pembinaan beberapa bulan lalu."Situasi ini telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan pekerja pembinaan tersebut serta sedikit sebanyak mengganggu kelancaran kerja-kerja di tapak pembinaan," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

