Lima negara mulakan tugas sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
1 hour ago
UNITED NATIONS - Bahrain, Colombia, Republik Demokratik Congo, Latvia dan Liberia pada Jumaat mula memikul tanggungjawab sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua.Tempoh perkhidmatan dua tahun negara berkenaan secara rasmi bermula pada 1 Januari, namun Jumaat merupakan hari bekerja pertama bagi majlis itu bagi 2026 selepas cuti Krismas dan Tahun Baharu.Satu upacara pemasangan bendera telah diadakan bagi menandakan permulaan tanggungjawab mereka.Duta Besar Kazakhstan ke PBB Kairat Umarov, yang menjadi hos bersama upacara tersebut, mengucapkan tahniah kepada lima anggota baharu majlis itu dan mendoakan mereka diberikan ketabahan, perpaduan dalam matlamat, serta kejayaan sepanjang penggal perkhidmatan mereka."Kami berharap anda akan memberikan sumbangan yang bermakna dalam tempoh dua tahun akan datang untuk menangani cabaran global yang kritikal dan memperkukuh mandat majlis bagi mempromosikan keamanan serta keselamatan," katanya.Pemasangan bendera itu berfungsi sebagai peringatan jelas bahawa tugas dalam Majlis Keselamatan merupakan satu keistimewaan dan tanggungjawab. Ia menandakan permulaan mandat mencabar yang dijalankan bagi pihak seluruh keanggotaan PBB, kata Umarov.Duta Besar Somalia ke PBB Abukar Dahir Osman, selaku Presiden Majlis Keselamatan bagi bulan Januari dan hos bersama upacara itu, mengalu-alukan lima anggota baharu tersebut serta mendoakan penggal perkhidmatan yang berjaya dan memberikan impak."Sepanjang dua tahun akan datang, suara dan usaha anda adalah penting dalam membimbing usaha kolektif kita ke arah keamanan dan keselamatan," katanya.Osman berkata, Majlis Keselamatan mempunyai mandat unik untuk bertindak balas terhadap ancaman keamanan dan memupuk kerjasama, serta menyokong golongan paling rentan dengan bekerjasama, menegakkan prinsip multilateralisme, dan menunjukkan penghormatan terhadap Piagam PBB.Lima negara berkenaan menggantikan Algeria, Guyana, Republik Korea, Sierra Leone dan Slovenia.Majlis Keselamatan yang terdiri daripada 15 anggota mempunyai lima anggota tetap iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat serta 10 anggota tidak tetap yang dipilih untuk tempoh dua tahun oleh Perhimpunan Agung PBB. Lima anggota tidak tetap diganti setiap tahun. - Bernama-Xinhua ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

