Cuaca ekstrem pada 2025 akibatkan kerugian RM909 bilion
1 hour ago
MUNICH - Bumi yang terkesan teruk akibat fenomena perubahan iklim kini mencetuskan cuaca ekstrem yang semakin mahal dan membawa maut.Syarikat insurans global, Munich Re pada Selasa memaklumkan dua siklon yang membadai Asia telah meragut hampir 2,000 nyawa dan disenaraikan sebagai bencana terburuk pada 2025.Rantau Asia Pasifik mencatatkan 13,600 korban akibat bencana alam pada tahun lalu, daripada jumlah keseluruhan 17,200 kematian di seluruh dunia.Bencana alam termasuk kebakaran hutan, banjir dan ribut dahsyat juga telah mengakibatkan kerugian mencecah AS$224 bilion (RM909 bilion).Laporan tahunan Munich Re mendapati bencana berkaitan cuaca menyumbang 92 peratus daripada keseluruhan kerugian di seluruh dunia pada 2025 dan 97 peratus daripada kerugian yang diinsuranskan.Suhu yang semakin meningkat di atmosfera dan lautan menjadikan ribut dan taburan hujan lebih ekstrem yang mana pembakaran bahan api fosil dikenal pasti sebagai pemacu utama perubahan iklim."Fenomena itu sudah pun memburukkan keadaan cuaca ekstrem sepanjang tahun lalu dan dijangka berterusan. Bumi sedang 'demam' dan lebih banyak haba menghasilkan cuaca lebih dahsyat," menurut Ketua Saintis Iklim di Munich Re, Tobias Grimm.Di peringkat global, tempoh 12 bulan lalu dijangka menjadi yang ketiga paling panas dalam rekod selepas 2024 dan 2023.Data Munich Re juga menunjukkan kerugian pada 2025 yang diinsurankan berjumlah AS$108 bilion (RM438 bilion).Dua bencana paling dahsyat ialah gempa yang melanda Myanmar dan Thailand yang mengorbankan 4,500 orang pada Mac tahun lalu.Ia disusuli aktiviti seismik serupa yang menggegar Afghanistan pada Ogos dan September yang meragut kira-kira 3,000 nyawa.Grimm menyifatkan 2025 sebagai tahun luar biasa dan sangat membebankan dari segi kos selepas kerugian bencana berjumlah AS$368 bilion (RM1.5 trilion) dengan AS$147 bilion (RM596 bilion) diinsurankan pada 2024.Di peringkat global, siklon tropika pada tahun lalu telah menyebabkan kerugian berjumlah AS$37 bilion (RM150 bilion) dengan kira-kira AS$6 bilion (RM24 bilion) diinsurankan.Di Asia pula, banjir dahsyat dan kejadian tanah runtuh di Sri Lanka yang dicetuskan Siklon Ditwah pada akhir November lalu direkodkan sebagai bencana paling mahal dengan kerugian berjumlah AS$4 bilion (RM16 bilion) dan kurang daripada AS$500 juta (RM2.03 bilion) diinsurankan. - AgensiInfo:>Bencana alam di seluruh dunia telah menyebabkan kira-kira 17,200 kematian di seluruh dunia. Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding kira-kira 11,000 jumlah korban pada 2024....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

