Lagi kren runtuh di Thailand, sehari selepas 32 terbunuh
1 hour ago
SAMUT SAKHON – Sehari selepas 32 orang terbunuh akibat kejadian kren jatuh di timur laut, Thailand, negara itu berdepan satu lagi insiden serupa di pinggir ibu negara Bangkok yang mengorbankan dua orang manakala lima lagi cedera.Menurut Ketua Polis Daerah tempatan, Kolonel Sitthiporn Kasi berkata, kejadian itu berlaku ketika kren digunakan untuk membina lebuh raya bertingkat tiba-tiba jatuh menimpa jalan di bawahnya.Seorang pegawai polis lain memaklumkan bahawa lima individu turut mengalami kecederaan akibat nahas tersebut.Menteri Pengangkutan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, firma pembinaan yang sama, Italian-Thai Development terlibat dalam kedua-dua kejadian maut itu."Firma tersebut dilantik untuk membina sebahagian projek kereta api berkelajuan tinggi di Thailand," ujarnya.Menurut laporan media tempatan, kejadian terbaharu itu berlaku di hadapan Paris Inn Garden Hotel.Rakaman video menunjukkan debu dan runtuhan berselerak di lokasi selepas kren itu jatuh.Pada Rabu, sebuah kren di tapak projek kereta api berkelajuan tinggi yang disokong China di Thailand telah tumbang dan menghempap sebuah kereta api penumpang.Ia menyebabkan kereta api berkenaan tergelincir serta mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

