Bantuan 'one-off' mahasiswa anak Pahang akan ditambah tahun depan - Wan Rosdy

1 hour ago

Bantuan 'one-off' mahasiswa anak Pahang akan ditambah tahun depan - Wan Rosdy
JOHOR BAHRU – Kerajaan Pahang bercadang meningkatkan jumlah bantuan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa kepada pelajar anak negeri itu yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penambahan bantuan secara sekali bayar itu akan dibuat mulai tahun hadapan susulan keluhan pelajar mengenai peningkatan harga barangan keperluan dan kos sara hidup."Kerajaan negeri memahami rintihan pelajar yang terbeban dengan kos kenaikan harga barang pada masa kini. Oleh itu, kerajaan negeri mengambil inisiatif menambah bantuan 'one-off' kepada pelajar."Namun ia bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan negeri. Melihat kepada pengurusan kewangan di negeri Pahang terkini, keadaan ini akan bertambah baik dan kita akan kembalikan kepada rakyat terutama kepada pelajar-pelajar," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran IM Pahang, Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026 di Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini pada Jumaat.Hadir sama, Naib Canselor UTM, Profesor Dr Mohd Shafry Mohd Rahim.Wan Rosdy menambah, kerajaan negeri memperuntukkan RM9 juta bagi bantuan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa pada tahun ini, meningkat RM1 juta berbanding tahun sebelumnya."Setiap pelajar akan menerima bantuan 'one-off' sebanyak RM400. Seramai kira-kira 20,000 mahasiswa anak Pahang yang layak di institusi pengajian tinggi terpilih di seluruh negara."Bantuan ini telah ditambah baik secara berperingkat sejak 2022 bermula RM200, dinaikkan kepada RM300 pada 2023 dan RM400 sejak 2025, serta dikekalkan bagi tahun 2026 sebagai komitmen berterusan kerajaan negeri," katanya.Tambahnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang turut menyediakan pelbagai sokongan pendidikan lain buat mahasiswa kelahiran Pahang.Katanya, bantuan yang diberikan ialah geran Bantuan Pelajaran 'one-off' sebanyak RM700 kepada pra siswazah dan RM1,200 kepada pasca siswazah, kemudahan pinjaman pendidikan serta biasiswa melalui Skim Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) dan Skim Pelajar Cemerlang (SPC)."Pendidikan merupakan pelaburan strategik negeri dan tiada anak Pahang wajar tercicir daripada arus pendidikan hanya kerana kekangan kewangan," ujarnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description