Trump lancar pelan 'Gaza baharu'
1 hour ago
DAVOS - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangan bercita-cita tinggi, 'Gaza baharu' ketika acara perasmian Lembaga Keamanan yang akan turut memfokuskan konflik lain di seluruh dunia.Menerusi slaid dibentangkan menantunya, Jared Kushner pada Khamis, beliau menunjukkan 'pelan induk' untuk projek pembinaan semula Genting Gaza yang musnah akibat perang ganas lebih dua tahun lalu.Ia termasuk peta penempatan baharu selain memaparkan ilustrasi hotel dan pangsapuri tepi laut dengan kaspyen 'Gaza baharu'.Trump tersenyum lebar selepas hasratnya untuk menubuhkan Lembaga Keamanan akhirnya dapat direalisasikan malah piagam entiti itu sudah ditandatangani 19 wakil negara yang hadir pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.Presiden Republikan itu menjangkakan penyertaan kira-kira 50 negara lagi termasuk Rusia yang masih mengkaji jemputan tersebut.Difahamkan, negara terlibat juga dikehendaki membayar 'yuran keahlian tetap' berjumlah AS$1 bilion (RM4.01 bilion). - AFP ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

