Jepun Hidupkan Semula Loji Tenaga Nuklear Terbesar Dunia
1 day ago
Jepun mengaktifkan semula loji kuasa nuklear terbesar di dunia selepas usaha terdahulu ditangguhkan susulan gangguan kecil, lapor AFP.
Menurut kenyataan Syarikat Kuasa Elektrik Tokyo (TEPCO), loji yang dikenali sebagai Loji Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata kembali beroperasi kira-kira jam 2.00 petang (waktu tempatan) hari ini.
Gangguan yang berlaku pada Januari lalu menyebabkan penangguhan usaha pengoperasian semula pertama loji itu sejak bencana Fukushima pada 2011.
Fasiliti tersebut ditutup selepas Jepun menghentikan bekalan tenaga nuklear susulan gempa bumi dan tsunami dahsyat yang mengakibatkan kerosakan teruk serta keruntuhan tiga reaktor di loji nuklear Fukushima.
Menurut pegawai TEPCO, operasi komersial dijangka bermula pada atau selepas 18 Mac, selepas melalui pemeriksaan komprehensif tambahan.
Di samping itu, Jepun turut meningkatkan penggunaan tenaga nuklear bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil, merealisasikan sasaran neutral karbon menjelang 2050 serta memenuhi permintaan tenaga yang kian meningkat.
Perdana Menteri, Sanae Takaichi kini mempromosikan tenaga nuklear sebagai langkah memperkukuh kedudukan gergasi ekonomi Asia tersebut.
Baca juga:]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

