Mohamed Ismi dilantik CEO baharu FELCRA
1 hour ago
KUALA LUMPUR - FELCRA Berhad (FELCRA) melantik Mohamed Ismi Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu pada Jumaat.Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Idris Lasim yang telah bersara pada awal Disember lalu selepas lebih tiga dekad perkhidmatan cemerlang bersama FELCRA .FELCRA berkata, Mohamed Ismi telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA selama hampir dua tahun, dengan rekod cemerlang dalam memperkukuh tadbir urus serta memacu transformasi organisasi."Beliau juga pemegang Ijazah Sarjana Pantadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Utara Malaysia mempunyai pengalaman hampir enam tahun sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan pernah menerajui FELCRA Wilayah Utara sebagai Pengurus Besar Wilayah."Menerusi pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perakaunan dan kewangan, beliau memiliki kefahaman menyeluruh terhadap operasi lapangan serta keperluan warga luar bandar dan peserta FELCRA," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sejajar dengan kerangka Aspirasi Desa Madani, FELCRA berkata, Mohamed Ismi akan memimpin pengukuhan organisasi serta transformasi operasi berteraskan pendigitalan.Tambahnya, ia bagi menyokong agenda keterjaminan makanan negara dan memperkasa pembangunan luar bandar, dengan memfokuskan warga peserta FELCRA."Pendekatan ini selari dengan hala tuju FELCRA sempena sambutan Jubli Intan 60 tahun penubuhannya."Lembaga Pengarah FELCRA Berhad turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan beliau untuk menerajui usaha memperkukuh kerjasama strategik bersama kementerian berkaitan, institusi kewangan, rakan pelaburan, agensi kerajaan negeri serta warga peserta FELCRA sebagai pemegang taruh utama," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

