Projek Kemudahan Biogas tukar sisa babi kepada tenaga elektrik

1 hour ago

Projek Kemudahan Biogas tukar sisa babi kepada tenaga elektrik
BATU KAWAN – [KEMAS KINI] Projek Kemudahan Biogas Berpusat Kampung Valdor merupakan model inovatif dalam pengurusan sisa ternakan, terutamanya babi, dengan menukar sisa kepada tenaga elektrik boleh baharu.Projek itu bukan sahaja menangani isu pencemaran alam sekitar, malah menjadi contoh penyelesaian mampan bagi sektor agromakanan di Pulau Pinang.Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pelancaran kemudahan itu menandakan pencapaian penting dalam komitmen kerajaan negeri untuk mengurus pertumbuhan sektor pertanian secara bertanggungjawab."Penternakan babi kekal sebagai tonggak penting sektor agromakanan Pulau Pinang."Pada skala semasa, pengurusan sisa yang berkesan bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan asas untuk melindungi kualiti udara, sistem air dan kesejahteraan komuniti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kemudahan itu di Kampung Valdor pada Sabtu.Menurut Kon Yeow, sehingga tahun ini, Pulau Pinang merekodkan 113 ladang babi dengan kira-kira 89,857 ekor, termasuk 44 ladang di Seberang Perai Selatan yang membabitkan sekitar 42,277 ekor."Selama ini, amalan pengurusan sisa dijalankan secara berpecah dan tidak konsisten, namun kemudahan di Valdor kini mengubah keadaan tersebut melalui sistem rawatan berpusat yang lebih terkawal dan profesional."Loji yang beroperasi sejak Mac 2024 ini diluluskan di bawah rangka kerja Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan mampu menukar sisa ternakan kepada tenaga boleh diperbaharui."Pada 2025, kemudahan ini memproses kira-kira 120 tan metrik sisa babi setiap hari, bersamaan sisa daripada kira-kira 20,000 ekor babi dan menghasilkan sehingga 0.6 megawatt tenaga secara berselang," jelasnya.Beliau menambah, pada kapasiti reka bentuk penuh, loji ini mampu menjana sehingga 1.2 megawatt, dengan 1 megawatt disalurkan ke grid nasional."Kemudahan itu juga direka untuk memproses sehingga 226,000 tan metrik sisa ternakan setahun dan menghasilkan kira-kira 10.5 gigawatt-jam tenaga boleh diperbaharui."Kini kemudahan berkenaan memberi perkhidmatan kepada 20 ladang melibatkan kira-kira 30,000 ekor babi dan boleh diperluaskan untuk menampung sisa sehingga 90,000 ekor babi pada fasa seterusnya," ujarnya.Katanya, projek bernilai RM25.9 juta ini bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran, malah pengawasan kerajaan negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar menunjukkan pengurangan aduan bau serta peningkatan kestabilan alam sekitar."Kerajaan negeri komited menangani isu alam sekitar secara sistematik tanpa menjejaskan sumber pendapatan penternak."Projek serupa dirancang di Kampung Selamat dengan jangkaan siap dalam tempoh satu hingga dua tahun dan operasi bermula sekitar 2029," ujarnya.Menurutnya, tapak cadangan sudah dikenal pasti dan syarikat terlibat akan memulakan proses seterusnya sebaik semua kelulusan diperoleh."Usaha menambah baik sistem ladang, termasuk penggunaan ladang tertutup dengan kawalan biosekuriti, akan diteruskan bagi memperkukuh pengurusan penyakit dan perlindungan alam sekitar."Pertumbuhan mesti berdisiplin, piawaian mesti dipatuhi dan kesejahteraan komuniti mesti diutamakan. Dengan menukar sisa kepada tenaga, kita menetapkan penanda aras lebih tinggi bagi pembangunan mampan di Pulau Pinang," tambahnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description