Amanz
1 day ago
Dengan ini, peranti-peranti seperti Lenovo Legion Go, ASUS ROG Ally dan Ally X, bersama-sama banyak peranti-peranti gaming lain yang menggunakan cip pemprosesan tersebut nampaknya tidak menerima kemaskini baru dari pihak AMD untuk berbulan lamanya.
Ini memberi kesan kepada peranti-peranti tersebut, kerana secara lazimnya apabila terdapat pelancaran permainan komputer baru, syarikat-syarikat seperti AMD, Intel dan NVIDIA akan menawarkan kemaskini kepada komponen-komponen pemprosesan ini untuk memastikan bahawa prestasi konsol atau peranti permainan adalah sebaik yang mungkin.

Setakat ini, AMD masih belum mengeluarkan kenyataan tentang status rasmi siri cip AMD Ryzen Z1, yang termasuklah AMD Ryzen Z1 Extreme, tetapi tinjauan pada laman web AMD memperlihatkan bahawa AMD Ryzen Z1 tidak menerima kemaskini sejak Ogos lepas, walaupun cip AMD Ryzen Z2 yang berasaskan cip AMD Ryzen Z1 Extreme (yang menguasakan ASUS ROG Xbox Ally dan Lenovo Legion GO S) masih lagi menerima kemaskini berkala.
Oleh kerana ini, sehingga AMD memperlihatkan kemaskini baru untuk siri cip AMD Ryzen Z1, mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kemaskini prestasi untuk konsol Lenovo Legion Go asal. Perisian kemaskini untuk AMD Ryzen Z2 juga tidak boleh digunakan, kerana walaupun asasnya adalah sama, kemaskini tersebut adalah khusus untuk APU tersebut dan bukan model yang lebih lama.
Setakat ini, apa yang boleh dilakukan ialah untuk menunggu jika AMD akan mengeluarkan sebarang kenyataan atau kemaskini baru untuk cip pemprosesan tersebut.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

