Amanz

1 day ago

Amanz
Huawei telah melancarkan MatePad 11.5 ” Standard Edition di Malaysia. Tablet ini direka khas untuk produktiviti kerana hadir dengan skrin 11.5 inci yang luas. Selain daripada itu, ia menyasarkan pelajar serta profesional muda yang mahukan peranti ringan tetapi tetap berkuasa.

MatePad 11.5 dilengkapi panel LCD beresolusi 2456 × 1600 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 600 nits. Ia menggunakan rekaan metal unibody dengan ketebalan hanya 6.1mm dan berat 515g untuk menjadikannya mudah dibawa bersama papan kekunci tanpa melebihi 1kg.

Tablet ini hadir dengan sistem operasi HarmonyOS 4.3, digabungkan bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia turut bolej menjalankan multi-tugas dengan lancar termasuk fungsi Split-Screen untuk membuka beberapa aplikasi serentak. Ia juga menyokong penggunaan Smart Split Keyboard untuk pengalaman produktiviti lebih baik .

Bateri 10,100mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 40W. Selain itu, ia turut dilengkapi aplikasi WPS Office 3.0 serta Huawei Notes dengan fungsi AI Handwriting Enhancement yang menyokong template dan elemen paparan untuk catatan lebih teratur. Sebagai pelengkap, ia menawarkan kamera belakang 13MP f/1.8, kamera hadapan 8MP dan empat sistem audio stereo.

Huawei MatePad 11.5 Standard Edition dijual di Malaysia pada harga RM1299 dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM1305 termasuk Huawei M-Pencil.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description