Lukisan bertatah emas, Swarovski sentuhan anak Kelantan jadi milik Istana Brunei

1 day ago

Lukisan bertatah emas, Swarovski sentuhan anak Kelantan jadi milik Istana Brunei
KOTA BHARU - Seorang pemuda dari Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini melakar sejarahnya tersendiri apabila lukisan potret Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah bertatah emas tulen dan dihiasi 1,000 butir batu kristal Swarovski hasil karyanya menjadi milik Istana Brunei.Lebih membanggakan, karya sempena sambutan hari puja usia Putera Mahkota itu kini ditempatkan di pejabat baginda iaitu di Jabatan Perdana Menteri Brunei.Muhammad Darwisy Mustafani, 25, atau Wisyilukis berkata, peluang luar biasa itu bermula selepas beliau menerima mesej di Instagram daripada pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 13 November lalu meminta menghasilkan lukisan tersebut.Menurut beliau, pada awalnya dia tidak meletakkan harapan tinggi selepas dimaklumkan sebagai cadangan pelukis pada saat akhir."Selepas dua minggu menunggu, pegawai berkenaan menghubungi semula dan memaklumkan saya terpilih untuk menghasilkan lukisan potret Putera Mahkota Brunei (Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah) sempena sambutan hari puja usia baginda."Saya diberikan tempoh hanya 20 hari untuk menyiapkan lukisan tersebut, sedangkan kebiasaannya saya memerlukan sekurang-kurangnya sebulan setengah bagi menyiapkan satu karya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Anak kelima daripada lapan beradik itu yang juga bekas pelajar jurusan seni bina berkata, tempoh singkat tersebut memaksanya bekerja hampir tanpa henti.Ujar Muhammad Darwisy, dalam tiga hari terakhir menyiapkan lukisan itu, beliau hanya tidur kira-kira sejam sehari bagi memastikan ia siap mengikut masa yang ditetapkan.Tambah beliau, lebih istimewa lagi karya potret tersebut dihiasi dengan 1,000 butir kristal Swarovski hitam serta kepingan emas wafer 999 sebanyak 20 keping dengan setiap satu bernilai kira-kira RM180."Disebabkan emas itu tulen dan sangat lembut, tiga keping mengalami kerosakan ketika proses menampal."Emas tersebut kemudian dipotong menjadi 52 kepingan kecil yang melambangkan usia Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Brunei," katanya.Tambah beliau, lukisan potret itu dihasilkan menggunakan cat akrilik di atas Kain Jong Sarat Tenunan Asli Brunei dengan corak Silubang Bangsi sebagai latar belakang potret tersebut.Katanya, latar tersebut turut dihiasi kristal Swarovski dan kepingan emas, selain menampilkan bayangan bangunan Kementerian Pertahanan Brunei sebagai elemen tambahan bagi memberikan kesan tiga dimensi."Potret separa badan Putera Mahkota itu pula menggambarkan baginda mengenakan pakaian istiadat tentera semasa Majlis Upacara Tamat Latihan Pegawai Kadet Pengambilan Ke-24 pada 15 Januari lalu."Karya berkenaan dipasang dalam bingkai kayu solid yang diimport dari Sepanyol bersaiz 131 sentimeter (cm) tinggi dan 110 cm lebar serta dilengkapi lampu LED di bahagian belakang bagi menghasilkan pencahayaan lembut pada potret," ujarnya.Mengimbau detik menyerahkan lukisan tersebut, Muhammad Darwisy berkata, beliau memilih untuk menghantarnya sendiri ke Brunei kerana bimbang berlaku kerosakan jika dihantar menggunakan perkhidmatan kurier."Saya terbang dari Kelantan ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Brunei."Setibanya di sana saya disambut pegawai tentera dan diperkenalkan kepada Menteri Pertahanan Brunei sebelum menghadiri majlis santapan bersama baginda" katanya.Menurut beliau, lebih membanggakan apabila turut diberi peluang menghadiri sesi sembah kenal pelukis bersama Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah."Saya juga diberi peluang masuk ke istana untuk menyerahkan sendiri lukisan tersebut."Kemudian saya dimaklumkan baginda berkenan supaya lukisan itu dipindahkan ke pejabat baginda di Jabatan Perdana Menteri," katanya.Berkongsi impian masa depan, Muhammad Darwisy berharap karya seni hasil tangannya suatu hari nanti dapat menghiasi setiap istana di Malaysia."Impian saya adalah untuk melihat setiap istana di negara ini memiliki sekurang-kurangnya satu lukisan hasil karya saya," katanya. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description