Pahang4Palestine: 165 keluarga di Kem Nuseirat terima juadah iftar
1 hour ago
KUANTAN – Keperitan hidup yang dilalui penduduk Palestin di Semenanjung Gaza terus mendapat perhatian apabila kerajaan negeri Pahang menerusi inisiatif Pahang4Palestine menyalurkan sumbangan juadah iftar kepada penduduk di Kem Nuseirat.Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan juadah iftar tersebut berjaya disampaikan kepada 165 keluarga di kem berkenaan pada minggu pertama Ramadan."Pada kali ini, juadah berbuka yang disediakan merupakan nasi bersama ayam goreng."Terima kasih kepada para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menyediakan serta mengagihkan juadah ini kepada keluarga-keluarga di sana," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada JumaatWan Rosdy memberitahu, walaupun sumbangan yang diberikan mungkin kelihatan kecil, ia membawa makna besar kepada mereka yang sedang berdepan kesukaran hidup."Semoga setiap suapan yang dinikmati menjadi saksi kasih, tanda solidariti dan doa yang tidak pernah putus daripada rakyat Pahang buat saudara-saudara kita di Gaza yang dihimpit kesukaran hidup," ujarnya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

