Konflik Asia Barat: Bilangan penduduk terpaksa berpindah meningkat

1 hour ago

Konflik Asia Barat: Bilangan penduduk terpaksa berpindah meningkat
GENEVA - Ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat kini menyebabkan gelombang baharu penduduk terpaksa berpindah, khususnya di Lubnan apabila lebih 90,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka, menurut amaran agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA)."Tanda-tanda awal pergerakan penduduk sudah mula kelihatan khususnya di Lubnan dan merentasi sempadan ke Syria," kata jurucakap Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) Mohammedali Abunajela kepada pemberita di Geneva."Di Lubnan, arahan pemindahan telah menyebabkan lebih 90,000 orang kehilangan tempat tinggal dan setakat pagi ini jumlah itu dijangka jauh lebih tinggi," katanya.Ketegangan serantau memuncak susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran yang bermula pada 28 Februari lepas.Teheran sejak itu melancarkan serangan balasan terhadap Israel dan beberapa negara serantau termasuk negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS, sekali gus mengganggu pasaran global.Israel turut memperluas serangannya terhadap Hizbullah di Lubnan, walaupun gencatan senjata telah dicapai dengan kumpulan itu pada akhir 2024.Abunajela berkata, pergerakan itu menunjukkan bagaimana ketidakstabilan di sesebuah negara boleh menyebabkan penduduk terpaksa berpindah merentasi sempadan dengan pantas.Beliau turut memberi amaran bahawa krisis itu mengganggu rantaian bekalan kemanusiaan."Pada masa sama, penutupan ruang udara secara meluas dan gangguan terhadap laluan maritim, khususnya melalui Selat Hormuz yang merupakan laluan perkapalan penting bagi perdagangan global serta bekalan makanan," katanya.Menurut IOM, gangguan seperti itu meningkatkan kos pengangkutan dan bahan api serta melambatkan penghantaran bantuan kemanusiaan.Sebelum ketegangan itu memuncak, lebih 19 juta orang di seluruh Asia Barat telah pun kehilangan tempat tinggal di dalam negara akibat konflik, keganasan dan bencana, dengan jumlah tertinggi di Sudan, Syria dan Yemen, dengan populasi yang kehilangan tempat tinggal yang besar di Iraq dan Libya, menurut agensi PBB itu."Sebarang peningkatan ketegangan lanjut berisiko mencetuskan gelombang baharu penduduk terpaksa berpindah serta keperluan kemanusiaan di pelbagai negara," kata jurucakap itu sambil menegaskan bahawa mereka yang terpaksa melarikan diri amat memerlukan bantuan segera termasuk tempat perlindungan kecemasan, makanan, air bersih, perkhidmatan kesihatan, perlindungan serta sokongan kesihatan mental.Jurucakap itu turut menegaskan bahawa usaha meredakan ketegangan adalah amat penting."Melindungi orang awam termasuk migran dan mereka yang kehilangan tempat tinggal serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti kekal menjadi keutamaan bagi mengelakkan penderitaan manusia yang lebih teruk," katanya. - Bernama-Anadolu   ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description