Hadiah hari lahir paling bermakna, hasrat derma organ anak tertunai
1 hour ago
SHAH ALAM – Seorang ibu menyifatkan pemergian anak sulungnya sebagai satu kehilangan besar, namun reda apabila hasrat arwah untuk menderma organ dapat ditunaikan.Suzita Ab Halim, 47, berkata, anaknya, Muhammad Zahran Mohd Zuraidi, 21, yang bekerja di sebuah syarikat automotif, meninggal dunia pada 23 Mac lalu di Hospital Selayang selepas disahkan mati otak akibat kemalangan.Menurutnya, arwah terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal secara bersendirian di laluan pintasan Rawang pada jam 9.35 pagi, 18 Mac lalu ketika dalam perjalanan pulang selepas tamat kerja syif malam."Tiada saksi ketika kejadian. Orang awam jumpa dia sudah terbaring di atas jalan, tetapi ketika itu dia masih sedar."Difahamkan sebelum kejadian, dia sempat mengambil barang sebelum pulang ke rumah dan melalui laluan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.Suzita memaklumkan, sepanjang hayatnya, anak sulung daripada empat beradik itu seorang yang ceria, bertanggungjawab dan sangat menyayangi keluarga terutama adik-adiknya.Malah ujarnya, Allahyarham juga seorang yang ringan tulang serta gemar membantu orang lain."Dalam bulan Ramadan baru-baru ini, dia pernah menyuarakan hasrat untuk menderma organ."Sebagai ibu bapa, saya dan suami bersetuju serta menghormati niat murninya itu," ujarnya.Menurut Suzita, keputusan mengizinkan derma organ tersebut bukan sesuatu yang mudah, namun mereka reda demi meneruskan legasi kebaikan arwah."Lebih menyentuh hati, 25 Mac adalah hari lahir saya dan pengorbanan Allahyarham menderma organ menjadi hadiah paling besar dan bermakna buat saya."Walaupun dia sudah tiada, sebahagian dirinya masih hidup dan membantu orang lain," katanya.Difahamkan, Allahyarham Muhammad Zahran mendermakan hati, ginjal, kornea dan jantung....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

