Cuaca panas: Penduduk Kedah ambil langkah berjaga-jaga

1 hour ago

Cuaca panas: Penduduk Kedah ambil langkah berjaga-jaga
SUNGAI PETANI - Cuaca panas di beberapa lokasi di Kedah seperti dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyebabkan orang ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga.Pekerja restoran, Azfar Fazil, 20, berkata, kemarau ketika ini menyebabkannya mudah letih dan mahu terus berehat serta menghidupkan penyaman udara sebaik sahaja pulang dari kerja."Saya berulang alik ke tempat kerja dengan jarak kira-kira 10 kilometer menggunakan motosikal. Disebabkan cuaca panas, saya amalkan banyak minum air... balik rumah buka 'aircond' sebab panas di luar," katanya.Pekerja swasta, Choo Tai Jie, 42, pula berkata, dia dan keluarga lebih banyak menghabiskan masa di rumah jika tidak ada urusan penting di luar."Cuaca kebelakangan ini memang terasa jauh lebih panas daripada biasa. Angin pun terasa bahang, sampai dalam rumah pun tidak selesa seperti sebelum ini."Biasanya saya buka tingkap nak bagi udara masuk, tetapi sekarang terpaksa tutup sebab udara luar pun panas. Kalau tiada urusan penting, lebih baik berada di rumah, keluar sekejap sahaja pun dah berpeluh baju," katanya.Menurutnya, dalam keadaan begini, dia menasihati ahli keluarga agar banyak minum air bagi mengelakkan dehidrasi, mengurangkan aktiviti luar ketika cuaca terik dan memastikan badan sentiasa sejuk serta rehat mencukupi."Bagi mengekalkan kesihatan, isteri siapkan minuman 'tong sui' membantu sejukkan badan, sesuai untuk cuaca panas begini," katanya..............REAKSI"Kena minum banyak teh bunga dan air kosong, kalau tidak boleh jatuh sakit. Cuaca panas juga nak buatkan kita rasa mengantuk disebabkan keletihan. Saya juga perlu menyiram pokok lebih tiga kali sehari, bimbang pokok mati akibat cuaca terlalu panas." - Pekerja swasta, Gan Wei Shenn, 40."Sebagai penghantar makanan, saya banyak berada di luar walaupun cuaca panas. Bagi mengelakkan telefon pintar terjejas akibat suhu yang tinggi, saya alaskan kain lembab di bawahnya. Apabila ada masa luang atau pesanan berdekatan rumah, saya akan balik dan mandi lebih kerap serta minum air banyak sebelum meneruskan kerja." - Penghantar makanan, Iman Zulkifli 27."Hari ini makin terasa semakin bahang panasnya. Kalau tak silap dari hari raya pertama dah rasa panas. Setiap hari, saya berulang alik ke kelas dari Bandar Mutiara, Sungai Petani ke Bandar Amanjaya, walaupun tak jauh mana tetapi tetap terasa hangat. Saya banyak minum air dan nak naik motor kena pakai pakaian bersesuaian." - Pelajar kolej, Nur Aelis Alisha Azwan, 20. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description