Konflik Asia Barat: Trump setuju gantung serangan ke atas Iran selama dua minggu

1 hour ago

Konflik Asia Barat: Trump setuju gantung serangan ke atas Iran selama dua minggu
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa telah bersetuju untuk menggantung serangan ketenteraan terhadap Iran selama tempoh dua minggu, tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz oleh negara Republik Islam itu.Perkara tersebut diumumkan Trump menerusi satu hantaran di media sosial pada Rabu, susulan perbualannya dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, serta Ketua Angkatan Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir.Menurut Trump, keputusan itu turut dibuat atas permintaan kepimpinan Pakistan agar Amerika Syarikat menangguhkan "penggunaan kekuatan pemusnah" yang didakwa telah dirancang terhadap Iran pada malam yang sama."Ini akan menjadi gencatan senjata dua hala," kata Trump, sambil menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah mencapai semua objektif ketenteraan yang ditetapkan.Dalam kenyataan sama, Trump turut mendakwa, rundingan ke arah perjanjian keamanan jangka panjang antara Washington dan Teheran kini berada pada peringkat akhir.Beliau berkata, Iran telah mengemukakan cadangan 10 perkara yang dianggap mempunyai asas kukuh untuk dimuktamadkan, selain mendakwa sebahagian besar isu pertikaian lampau antara kedua‑dua negara telah dipersetujui.Trump menambah, tempoh dua minggu itu diperlukan bagi memuktamadkan perjanjian berkenaan demi menjamin keamanan bukan sahaja antara Amerika Syarikat dan Iran, tetapi juga kestabilan di Asia Barat.Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak Iran atau agensi kerajaan Amerika Syarikat berhubung dakwaan tersebut. - Awani  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description