Kecewa tidak dibenar berhenti kerja, pembantu rumah curi cincin berlian majikan
1 hour ago
SINGAPURA – Gara-gara tidak berpuas hati apabila permohonan untuk berhenti kerja lebih awal ditolak majikannya, seorang pembantu rumah warga Indonesia bertindak mencuri cincin berlian dan cermin mata bernilai lebih RM9,000 sebelum melarikan diri. Ayu Dwi Lestari, 31, melakukan perbuatan itu selepas tidak berpuas hati apabila majikannya meminta dia menangguhkan kepulangan sehingga Oktober bagi memberi masa mencari pengganti.Menurut fakta kes, Ayu mula bekerja dengan keluarga berkenaan pada Februari 2025 dengan tugas menguruskan kerja rumah serta menjaga tiga kanak-kanak.Kira-kira tujuh bulan kemudian, dia memohon untuk berhenti lebih awal atas alasan masalah keluarga, namun permintaan itu tidak dipersetujui sepenuhnya oleh majikan.Ayu kemudiannya dipercayai mula merancang untuk meninggalkan pekerjaan tersebut.Pada 23 September tahun lalu, dia terlebih dahulu mengemas barangan peribadi dan menyembunyikannya di dalam kotak simpanan pada sebuah basikal di tingkat bawah blok kediaman.Keesokan pagi, Ayu memasuki bilik tidur utama, mematikan lampu sebelum mengambil barang berharga milik majikannya.Dia seterusnya menghantar anak perempuan majikan ke sekolah, namun tidak pulang semula ke rumah tersebut.Selepas mengambil semula barangan peribadinya, Ayu pergi ke Kedutaan Indonesia untuk mendapatkan bantuan sebelum dirujuk ke Kementerian Tenaga Manusia berhubung isu gaji.Bagaimanapun, ketika berada di kementerian tersebut, dia dipercayai panik selepas menyedari majikannya mungkin telah membuat laporan polis.Dia bertindak membuang cincin berlian dan cermin mata hitam yang dicuri ke dalam tong sampah di tandas wanita, namun barangan tersebut tidak berjaya ditemui semula.Kehilangan itu disedari majikan selepas mendapati barangan isterinya hilang sebelum meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik tidur dan membuat laporan polis sebelum Ayu ditahan pada 16 Mac lalu.Di mahkamah, tertuduh menyatakan rasa kesal serta memaklumkan dia mempunyai ibu bapa warga emas dan anak-anak untuk ditanggung di kampung halaman.Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan tiada sebarang pampasan dibuat terhadap kerugian yang dialami mangsa.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dengan mengambil kira tempoh tahanan reman yang telah dilalui tertuduh....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

