AS kenakan sekatan baharu terhadap rangkaian minyak Iran
1 hour ago
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan baharu yang menyasarkan rangkaian penyeludupan dan pembiayaan minyak Iran, menurut Jabatan Perbendaharaan dalam satu kenyataan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.Jabatan Perbendaharaan memaklumkan bahawa lebih dua dozen individu, syarikat dan kapal yang mempunyai kaitan dengan rangkaian itu dikenakan sekatan, termasuk seorang pembiaya yang didakwa terlibat dalam urusan pertukaran minyak Iran dengan emas Venezuela bagi memberi manfaat kepada Hizbullah dan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).Jabatan Negara, dalam kenyataan berasingan, berkata tindakan itu bertujuan "menyekat keupayaan Iran menjana pendapatan" ketika perkapalan melalui Selat Hormuz terus mengalami gangguan ketara."Jabatan Perbendaharaan bertindak secara agresif dengan tekanan ekonomi dengan menyasarkan golongan elit seperti keluarga Shamkhani yang cuba meraih keuntungan dengan mengorbankan rakyat Iran," kata Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent, dalam satu kenyataan."Institusi kewangan perlu mengambil maklum bahawa Jabatan Perbendaharaan akan menggunakan semua instrumen dan kuasa yang ada, termasuk sekatan sekunder, terhadap pihak yang terus menyokong aktiviti keganasan Teheran," katanya.Perkapalan melalui Selat Hormuz terus mengalami gangguan ketara susulan perang AS-Israel terhadap Iran sejak 28 Februari serta sekatan laut oleh tentera laut AS yang diumumkan pada Isnin, selepas Washington memaklumkan rundingan hujung minggu lalu gagal mencapai persetujuan.AS dan Iran sedang mengadakan rundingan bagi melanjutkan gencatan senjata selama dua minggu yang diumumkan minggu lalu, yang dijadual berakhir pada 22 April.Kira-kira 20 peratus bekalan minyak global melalui selat itu setiap hari dan isu keselamatan yang memuncak menyebabkan harga minyak serta kos perkapalan dan insurans meningkat. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

