Bank Rakyat umum dividen 18 peratus, tertinggi dalam 10 tahun

1 hour ago

Bank Rakyat umum dividen 18 peratus, tertinggi dalam 10 tahun
KUALA LUMPUR - Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 18 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM534.7 juta, tertinggi sejak tempoh 10 tahun lepas.Pembayaran dividen tersebut akan memanfaatkan 783,324 ahli dan dilaksanakan bermula 16 April.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, prestasi memberangsangkan tersebut membolehkan Bank Rakyat mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai penghargaaan kepada semua anggota dan pihak berkepentingan.Menurutnya, Kumpulan Bank Rakyat meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak 2 peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM38.0 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan 1 peratus bersamaan RM19.0 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.Jumlah sumbangan bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM57.0 juta berbanding RM54.7 juta pada tahun sebelumnya.[Berita penuh menyusul]...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description