Pastikan operasi nadir bumi tidak melanggar undang-undang antarabangsa / Ensure rare earth operations do not violate international law - 57 NGOs

1 day ago

Pastikan operasi nadir bumi tidak melanggar undang-undang antarabangsa / Ensure rare earth operations do not violate international law - 57 NGOs

[ENGLISH VERSION BELOW] Dalam satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia bertarikh 13 April, 57 pertubuhan yang mewakili pelbagai kumpulan di kalangan masyarakat Malaysia telah menyampaikan satu mesej yang sangat tegas, membantah perjanjian oleh Lynas Rare Earths Ltd untuk membekalkan oksida nadir bumi kepada Jabatan Perang (DoW) Amerika Syarikat.

Mereka menyatakan bahawa, “perjanjian ini, yang bernilai kira-kira $96 juta bagi tempoh empat tahun, secara langsung akan mengheret operasi pemprosesan yang dijalankan di bumi Malaysia ke dalam rantaian bekalan ketenteraan asing” dan “ia akan membabitkan Malaysia dengan aktiviti ketenteraan sebuah negara, yang ketika surat ini ditulis, sedang terlibat dalam sebuah konflik bersenjata dan operasi ketenteraan yang didakwa oleh pelbagai pihak, sebagai sebuah pelanggaran berat terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa (international humanitarian law) dan pencabulan serius undang-undang hak asasi manusia antarabangsa (international human rights law)”.

Surat tersebut menyatakan kebimbangan berikut:

Keamanan dan dasar berkecuali (non-alignment): Dasar luar Malaysia berteraskan prinsip berkecuali (non-alignment). Perjanjian DoW ini akan menjadikan Malaysia satu titik dalam rantaian bekalan ketenteraan sebuah negara yang kini sedang melancarkan peperangan dan operasi ketenteraan di pelbagai wilayah.

Hal ini pada asasnya langsung tidak selaras dengan komitmen jangka panjang Malaysia terhadap keamanan serta penentangannya yang konsisten terhadap penggunaan kekerasan dalam perhubungan antarabangsa.

Dengan membenarkan tindakan yang sedemikian rupa diteruskan, risikonya adalah kredibiliti Malaysia sebagai suara bebas dalam pelbagai forum antarabangsa akan terhakis. Ini juga akan menggugat pendirian berprinsip negara kita tentang konflik di Palestin, Iran dan lain-lain wilayah.

Kedaulatan negara: Membenarkan operasi di wilayah Malaysia untuk berkhidmat, secara langsung atau tidak langsung, kepada usaha peperangan sebuah kuasa asing akan menjejaskan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia.

Memproses mineral strategik di Gebeng untuk diserahkan kepada Jabatan Perang AS dengan sewenang-wenangnya akan meletakkan infrastruktur perindustrian Malaysia di bawah kehendak ketenteraan negara lain.

Ini menimbulkan persoalan serius tentang sejauh mana rangka kerja kawal selia dan pelesenan Malaysia telah dijadikan alat untuk memenuhi objektif strategik negara asing tanpa penelitian yang memadai atau penanggungjawaban awam.

Tanggungjawab alam sekitar: Kemudahan Lynas di Gebeng telah menghadapi tentangan awam yang berterusan berhubung pengurusan sisa radioaktif dan risiko alam sekitar yang berkaitan.

Hakikat bahawa operasi ini kini akan dikaitkan dengan rantaian bekalan ketenteraan memburukkan lagi beban yang ditanggung oleh komuniti di sekitar kemudahan tersebut dan oleh Malaysia secara keseluruhannya.

Surat tersebut juga turut menunjukkan risiko keterlibatan kerajaan dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa. Ia menyatakan bahawa perjanjian DoW tidak wujud dalam keadaan terasing.

Ia mesti dinilai dengan mengambil kira latar belakang tindakan ketenteraan AS pada masa kini dan yang terbaharu, yang telah menerima kecaman meluas serta dakwaan boleh dipercayai mengenai pelanggaran undang-undang antarabangsa di pelbagai medan termasuk di Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki, Venezuela dan Iran.

Surat tersebut mengakui bahawa perdana menteri Malaysia secara terbuka dan tegas telah mengecam serangan-serangan ini, dengan menyatakan bahawa serangan tersebut adalah “bertentangan dengan prinsip sejagat”.

“Dalam konteks ini, pembekalan oksida nadir bumi yang diproses di fasiliti Gebeng kepada Jabatan Perang Amerika Syarikat mendedahkan kita kepada sebuah risiko yang nyata dan boleh dijangka, yakni Lynas, sebagai sebuah syarikat yang beroperasi di bawah bidang kuasa dan kawal selia Malaysia, bersubahat dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa. Oksida nadir bumi merupakan mineral kritikal bagi magnet kekal yang digunakan dalam peluru berpandu berpandukan ketepatan, sistem senjata canggih, kenderaan tentera, dan elektronik pertahanan. Oleh itu, bahan-bahan yang diproses di Malaysia ini boleh tergabung ke dalam sistem senjata yang digunakan di dalam operasi yang melakukan pelanggaran berat undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan pencabulan serius undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, atau telah dengan wajar didakwa berbuat demikian,” menurut surat tersebut.

Surat tersebut menekankan komitmen Malaysia dan pematuhan kepada obligasi di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk Perkara-Perkara mengenai Tanggungjawab Negara terhadap Tindakan-tindakan Salah di sisi Antarabangsa (Articles on Responsibility of States for Internationally Wrongful Acts atau Arsiwa), yang diterimapakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2001.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa, surat tersebut menekankan bahawa Malaysia perlu memastikan semua aktor yang beroperasi di bawah bidang kuasa masing-masing, saling menghormati, melindungi dan memenuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Selaras dengan Perkara 16 Arsiwa, Malaysia tidak boleh dengan sengaja membantu atau menyokong negara lain dalam melakukan pelanggaran berat undang-undang kemanusiaan antarabangsa atau pencabulan serius undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, yang mana ia akan menyalahi undang-undang jika dilakukan oleh Malaysia sendiri, termasuklah jenayah perang, jenayah kemanusiaan atau genosida.

Apabila operasi komersial sebegini dijalankan di bumi Malaysia, melalui rangka kerja kawal selia dan pelesenan, kerajaan tidak boleh bersikap acuh tidak acuh terhadap tujuan penggunaan wilayah dan infrastruktur institusinya. Dengan membenarkan Lynas melaksanakan perjanjian DoW tanpa soal selidik, berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan di atas, paling tidak, ia merupakan satu kecuaian oleh kerajaan Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa dan, yang paling buruk sekali, ia adalah tindakan kita membutakan mata kita dengan sengaja tentang risiko bersubahat dalam perbuatan yang salah di peringkat antarabangsa.

Memandangkan kewujudan perjanjian DoW dan risiko bahawa bahan-bahan yang diproses di kemudahan Lynas di Gebeng mungkin digunakan dalam sistem senjata yang dikerahkan oleh operasi ketenteraan yang sedang atau mungkin menjadi bahan dakwaan yang wajar berkenaan genosida, jenayah kemanusiaan atau pelanggaran berat undang-undang antarabangsa yang lain, kami menyeru kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah-langkah berikut bagi melaksanakan tanggungjawabnya dan mengelakkan persubahatan melalui bantuan atau sokongan, di bawah Perkara 16 Arsiwa:

Memastikan Lynas tidak melanggar undang-undang antarabangsa: Malaysia harus mewajibkan Lynas untuk membuktikan bahawa operasi, kontrak dan rantaian bekalannya tidak dan tidak akan menyumbang kepada atau memudahkan perbuatan yang salah di sisi undang-undang antarabangsa, termasuk pelanggaran berat undang-undang kemanusiaan antarabangsa, pencabulan serius undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, genosida, jenayah perang atau jenayah kemanusiaan.

Ini termasuk menuntut ketelusan penuh mengenai terma, skop dan tujuan penggunaan akhir perjanjian DoW, serta mewajibkan jaminan yang mengikat bahawa bahan-bahan yang ditapis di Malaysia tidak akan digunakan dalam sistem senjata yang dikerahkan dalam sebarang operasi di mana pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa berlaku.

Syarat-syarat sedemikian harus dimasukkan sebagai prasyarat dalam lesen yang dikeluarkan kepada Lynas.

Mengaudit Lynas: Malaysia harus mengenakan audit pemeriksaan tuntas (due diligence) hak asasi manusia dan undang-undang IHL yang teguh dan bebas ke atas Lynas, dengan tumpuan kepada risiko penggunaan akhir dan pengguna akhir, dengan perhatian khusus diberikan terhadap potensi penglibatan dalam konflik di mana terdapat dakwaan yang wajar tentang pencabulan serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Apabila risiko sumbangan kepada pelanggaran sedemikian dikenal pasti, Malaysia mesti mengenakan syarat, langkah pembetulan atau jika perlu, menggantung atau membatalkan kelulusan dan lesen yang berkaitan, untuk mencegah sebarang bantuan atau sokongan yang disengajakan kepada perbuatan yang salah di sisi undang-undang antarabangsa dalam pengertian Perkara 16 Arsiwa.

Menggubal dan menguatkuasakan perundangan domestik: Malaysia harus menerima pakai dan menguatkuasakan undang-undang domestik serta syarat-syarat kawal selia yang jelas untuk memastikan syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia tidak bersubahat dalam salah laku jenayah antarabangsa atau terkait dengan konflik undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Undang-undang sedemikian harus menyatakan secara jelas bahawa kelulusan kawal selia dan lesen operasi adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap tanggungjawab Malaysia di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk kewajipannya untuk tidak membantu atau menyokong sebarang perbuatan yang salah di peringkat antarabangsa yang dilakukan oleh negara pihak ketiga, dan harus mewajibkan pemeriksaan tuntas yang diperkukuhkan berkenaan hak asasi manusia untuk rantaian bekalan yang berkaitan dengan ketenteraan atau terdedah kepada konflik.

English version

Ensure that rare earth operations do not violate international law

In an open letter to the prime minister of Malaysia dated 13 April, 57 organisations, representing a diverse groups of Malaysian society sent a very strong message, opposing the agreement by Lynas Rare Earths Ltd to supply rare earth oxides to the United States Department of War (the DoW agreement).

They said that “this arrangement, valued at approximately $96m over four years, directly links processing operations conducted on Malaysian soil to foreign military supply chains” and “implicates Malaysia in the military activities of a State that is, at the time of writing, engaged in armed conflicts and military operations that have attracted credible allegations of grave breaches of international humanitarian law and serious violations of international human rights law”.

The letter expressed the following concerns:

Peace and non-alignment. Malaysia’s foreign policy is rooted in the principle of non-alignment.

The DoW agreement would make Malaysia a link in the military supply chain of a state currently waging wars and conducting military operations on multiple fronts.

This is fundamentally incompatible with Malaysia’s long-standing commitment to peace and its consistent opposition to the use of force in international relations.

Permitting such an arrangement to proceed risks reducing Malaysia’s credibility as an independent voice in multilateral forums and compromising its principled positions on conflicts in Palestine, Iran and elsewhere.

National sovereignty: Allowing operations on Malaysian territory to serve, directly or indirectly, the war efforts of a foreign power compromises Malaysia’s sovereign independence.

The processing of strategic minerals in Gebeng for delivery to the US DoW effectively subordinates Malaysian industrial infrastructure to the military requirements of another state.

This raises serious questions about the extent to which Malaysia’s regulatory and licensing frameworks have been made to serve foreign strategic objectives without adequate scrutiny or public accountability.

Environmental responsibility: The Lynas facility in Gebeng has faced sustained public opposition over the management of radioactive waste and associated environmental risks.

That these operations are now to be linked to military supply chains compounds the ethical burden borne by the communities surrounding the facility and by Malaysia as a whole.

The letter also pointed out the government’s risk of complicity in violations of international law. It said that the DoW agreement does not exist in a vacuum.

It must be assessed against the backdrop of the US’ current and recent military conduct, which has attracted widespread condemnation and credible allegations of violations of international law across multiple theatres including in Gaza and the occupied Palestinian territories, Venezuela and Iran.

The letter acknowledges that the Malaysian prime minister has publicly and strongly condemned these attacks, stating that they are “contrary to universal principles”.

In this context, supplying rare earth oxides processed at the Gebeng facility to the US Department of War presents a real and foreseeable risk that Lynas, an entity operating under Malaysian jurisdiction and regulatory authority, becomes complicit in violations of international law.

Rare earth oxides are critical inputs for permanent magnets used in precision-guided munitions, advanced weapons systems, military vehicles, and defence electronics.

Materials refined in Malaysia may therefore be incorporated into weapons systems deployed in operations where grave breaches of international humanitarian law and serious violations of international human rights law are being perpetrated or are credibly alleged,” states the letter further.

The letter highlights Malaysia’s commitment and adherence to obligations under international law, including the Articles on Responsibility of States for Internationally Wrongful Acts (Arsiwa), adopted by the UN General Assembly in 2001.

As part of its obligations under international law, the letter stresses that Malaysia must ensure that all actors operating under its jurisdiction respect, protect and fulfil international law, including international humanitarian law and international human rights law.

Under Article 16 of Arsiwa, Malaysia must not knowingly aid or assist another state in the commission of grave breaches of international humanitarian law or serious violations of international human rights law that would be unlawful if committed by Malaysia itself, including war crimes, crimes against humanity, or genocide.

Where a commercial operation of this nature is conducted on Malaysian soil, through its regulatory and licensing frameworks, the government cannot be indifferent to the purposes to which its territory and institutional infrastructure are made to serve.

To permit Lynas to fulfil the DoW agreement without scrutiny, in the face of the facts set out above, would amount at best to negligence in discharging Malaysia’s obligations under international law, and at worst to wilful blindness to the risk of complicity in internationally wrongful acts.

In light of the DoW agreement and the risk that materials refined at the Lynas Gebeng facility may be used in weapons systems deployed in military operations that are, or may become, the subject of credible allegations of genocide, crimes against humanity or other grave violations of international law, the letter calls on the government of Malaysia to take the following steps to discharge its obligations and avoid complicity through aid or assistance under Article 16 of Arsiwa:

Ensure Lynas is not violating international law: Malaysia should require Lynas to demonstrate that its operations, contracts and supply chains do not and will not contribute to or facilitate internationally wrongful acts, including grave breaches of international humanitarian law, serious violations of international human rights law, genocide, war crimes or crimes against humanity.

This includes demanding full transparency on the terms, scope and intended end-use of the DoW agreement, and requiring binding assurances that materials refined in Malaysia will not be used in weapons systems deployed in operations where breaches of international humanitarian law and international human rights law are being perpetrated.

Such requirements should be incorporated as conditions in the licence issued to Lynas.

Audit Lynas: Malaysia should subject Lynas to a robust, independent human-rights and international humanitarian law due-diligence audit focused on end-use and end-user risk, with particular attention to potential involvement in conflicts where serious violations of international humanitarian law and international human rights law are credibly alleged.

Where risks of contribution to such violations are identified, Malaysia must impose conditions, corrective measures, or, if necessary, suspend or revoke relevant approvals and licences to prevent any knowing aid or assistance to internationally wrongful acts within the meaning of Article 16 of Arsiwa.

Enact and enforce domestic legislation: Malaysia should adopt and enforce clear domestic laws and regulatory conditions to ensure that companies operating in Malaysia are not complicit in the commission of international crimes or placed in conflict with international human rights law or international humanitarian law.

Such laws should make explicit that regulatory approval and operating licences are conditional on compliance with Malaysia’s obligations under international law, including its duty not to aid or assist in internationally wrongful acts committed by third States, and should require heightened human rights due diligence for military-linked or conflict-sensitive supply chains.

This letter was sent to the prime minister of Malaysia by Chee Yoke Ling, the executive director of Third World Network, on behalf of the following undersigned organisations:

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Aliran ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description