Amanz
1 day ago

Untuk makluman, Cursor dan SpaceX sedia mengumumkan kerjasama sebelum ini, dan ketika itu sendiri SpaceX diberikan pilihan untuk mengambil-alih Cursor. Kini, dengan pengambil-alihan Cursor, ia akan membolehkan integrasi pasukan berkenaan dengan bahagian kecerdasan buatan dengan lebih baik, dan pada masa yang sama menambah-baik lagi penawaran Grok dan xAI.
Cursor sedia dikenali ramai dengan penawaran kemudahan untuk mengaturcara dikuasakan kecerdasan bautan menggunakannya. Ia telah diasaskan pada 2022, dan berkembang pesat setahun dua kebelakangan ini. Namun, kebelakangan ini, Cursor menghadapi cabaran daripada OpenAI dan Anthropic sendiri. Dengan pengambil-alihan oleh SpaceX, ia akan membolehkan Cursor bersaing dengan lebih baik dalam pasaran ini.
SpaceX menyasarkan proses pengambil-alihan syarikat ini selesai sepenuhnya menjelang suku ketiga 2026 ini.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

