Istiadat Kejadian Undang Luak Rembau ke-22 Sabtu ini

1 hour ago

Istiadat Kejadian Undang Luak Rembau ke-22 Sabtu ini
KUALA PILAH - Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengadakan majlis Istiadat Menghadap Menjunjung Duli Bagi Menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau ke -22 di Istana Besar Seri Menanti di sini pada Sabtu.Perkara itu dimaklumkan oleh Tunku Besar Sri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz ketika menerima menghadap Dato'-Dato' Adat Luak Rembau dalam satu majlis istiadat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti pada jam 3.30 petang pada Khamis."Saya difahamkan pemilihan penyandang Pesaka Dato' Undang Luak Rembau telah dilaksanakan mengikut adat yang terpakai dan diamalkan dalam Luak Rembau."Sehubungan dengan itu, saya ingin menyampaikan titah perkenan ayahanda saya YDPB Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang telah berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi menyempurnakan kejadian Undang Luak Rembau pada Sabtu ini, 2 petang di Istana Besar Seri Menanti," katanya.Tunku Ali turut meminta Dato'-Dato' Adat berbincang dengan Orang Empat Istana Besar Seri Menanti bagi urusan dan persiapan istiadat tersebut."Saya doakan segala urusan istiadat berjalan lancar," katanya.Dalam pada itu, Pengerusi Kerapatan Buapak Delapan Kampung Waris Biduanda Nan Dua Carak, Dato' Juan Datuk Zulkipli Shamsudin berkata, kerapatan Buapak dan Ibu Soko di Luak Rembau telah sebulat suara memilih pesara guru Hassan Ab Hamid,67, sebagai Undang Luak Rembau ke-22.Menurut beliau, beberapa laporan telah menggambarkan peristiwa baru-baru ini seolah-olah Tuanku Muhriz telah memulakan, memilih, atau melantik seorang Undang."Gambaran tersebut tidak tepat dan memberikan kefahaman yang salah terhadap adat serta perlembagaan."Menurut Adat Perpatih, inisiatif tersebut tidak bermula daripada Tuanku, ia terbit daripada luak. Istiadat menghadap baru-baru ini adalah keadaan di mana badan-badan adat luak datang ke Istana, bukan Istana yang mencampuri urusan luak," katanya.Jelasnya, mengikut Adat Perpatih juga, seorang Undang tidak dilantik oleh YDPB, sebaliknya dipilih di dalam luaknya sendiri, menerusi proses adat yang telah ditetapkan.Tambahnya, peranan YDPB ialah menerima pihak luak apabila wakil-wakilnya datang mengadap, dan pada waktu yang sesuai serta apabila adat menuntutnya, memperkenankan dan mengiktiraf apa yang telah diputuskan oleh luak itu sendiri."Apa yang berlaku baru-baru ini adalah badan-badan adat luak datang mengadap ke Istana, menurut adat, untuk memohon perkenan bagi penetapan tarikh sesuatu istiadat."Inisiatif tersebut adalah milik luak dan YDPB tidak memanggil, tidak memilih, dan tidak melantik mana-mana pihak atas kehendak baginda sendiri," katanya.Justeru ujarnya, sebarang kenyataan yang menggambarkan sebaliknya merupakan salah faham terhadap adat yang telah mengatur Negeri Sembilan sejak berkurun lamanya.Ujar beliau, YDPB berperanan sebagai pemegang amanah dan pemberi perkenan bagi adat tersebut, bukan sebagai pihak yang mewujudkannya."Keprihatinan baginda sebagaimana selama ini, hanyalah tertumpu terhadap keutuhan Adat Perpatih dan institusi negeri."Malah, pihak istana juga tidak mengulas perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah," katanya.Untuk rekod, Undang Luak Rembau yang ke-21, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, telah meninggal dunia pada 15 Mei 2024 di Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description