Gempa berkembar gegar Venezuela: Angka korban meningkat
1 hour ago
CARACAS - Gempa bumi berkembar di Venezuela telah meragut sekurang-kurangnya 164 nyawa manakala 971 cedera (setakat jam 7 malam waktu Malaysia), menurut pihak berkuasa pada Khamis.Presiden interim, Delcy Rodriguez turut mengisytiharkan darurat selepas gegaran berkekuatan 7.2 dan 7.5 skala Richter itu melanda pada Rabu hingga menyebabkan sejumlah struktur runtuh serta mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa pertama berpusat kira-kira 21 kilometer (km) dari barat bandar Moron disusuli gegaran kedua sejauh 45km dari lokasi pertama."Selang masa antara dua gempa kuat itu hanyalah 39 saat," menurut USGS lagi.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan untuk mengeluarkan mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan."Kami masih belum menerima data rasmi dari kawasan paling teruk terjejas di La Guaira. Angka korban dijangka meningkat," ujar Rodriguez sambil menambah kira-kira 30 gegaran susulan turut direkodkan.Difahamkan, negeri Trujillo, Carabobo dan Miranda merupakan antara kawasan yang paling terkesan akibat gempa tersebut.Bencana dahsyat itu turut meraih perhatian komuniti antarabangsa termasuk negara Latin yang bertindak segera menawarkan bantuan selain menzahirkan solidariti kepada mangsa.Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Diosdado Cabello menggesa penduduk meninggalkan rumah masing-masing setelah bekalan gas di beberapa bangunan telah dipotong bagi mengelakkan insiden kebocoran yang berisiko memburukkan lagi bencana tersebut.Lapangan Terbang Antarabangsa Maiquetia terletak berhampiran Caracas turut ditutup susulan kerosakan serius pada infrastrukturnya. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

