MAIPk peruntuk hampir RM400,000 perkasa pemulihan prospek wanita di PKBG

1 hour ago

MAIPk peruntuk hampir RM400,000 perkasa pemulihan prospek wanita di PKBG
BATU GAJAH – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan RM396,660 bagi pelaksanaan beberapa inisiatif pembangunan modal insan di Pusat Koreksional Batu Gajah (PKBG) sejak tahun lalu.Antara inisiatif utama ialah penubuhan Akademi Az-Zahra, pusat tahfiz wanita pertama di institusi koreksional di Malaysia yang menyediakan modul hafazan, tahriri dan usrah secara sistematik.Selain itu, fasiliti dapur dan kantin wanita turut dinaik taraf sebagai pusat latihan keusahawanan yang menepati piawaian industri, di samping pelaksanaan kursus kulinari oleh penyedia latihan bertauliah.Inisiatif berimpak tinggi itu mendapat perhatian Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang berkenan berangkat mengadakan lawatan kerja ke pusat berkenaan pada Jumaat.Tuanku Zara yang tiba kira-kira jam 10 pagi meluangkan hampir dua jam meninjau sendiri pelaksanaan program pembangunan insan yang dilaksanakan.Lawatan tersebut memberi peluang kepada baginda melihat secara dekat pendekatan pemulihan yang memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah, pengukuhan kerohanian serta peningkatan kemahiran dalam kalangan prospek wanita dan tahanan reman.Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian komitmen berterusan institusi itu dalam memastikan manfaat zakat dapat dimanfaatkan secara lestari dan berimpak jangka panjang.Menurutnya, pendekatan yang dilaksanakan bukan sahaja menumpukan kepada aspek kerohanian, malah turut merangkumi pembangunan kemahiran dan keupayaan hidup prospek wanita."Pendekatan holistik ini diyakini mampu membantu mereka membina keyakinan diri, memperkukuh jati diri serta kembali berfungsi sebagai anggota masyarakat yang produktif dan berdikari," katanya.Beliau berkata, sinergi antara institusi agama dan institusi pemulihan juga membuktikan kerjasama strategik mampu menghasilkan impak signifikan dalam melahirkan insan lebih berkualiti.Hadir sama mengiringi lawatan ialah isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Yang Dipertua MAIPK, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.Sementara itu, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara, Rosoman Abu Bakar dalam sembah ucapannya berkata, Pusat Koreksional Batu Gajah merupakan antara institusi penting dalam sistem korektif negara yang memberi penekanan kepada pemulihan menyeluruh melalui pembangunan sahsiah, pendidikan dan latihan kemahiran.Menurutnya, Jabatan Penjara Malaysia komited sebagai peneraju perkhidmatan korektif negara dengan melaksanakan pelbagai inisiatif merangkumi pendidikan akademik, latihan TVET, pembangunan kerohanian, kaunseling serta program psikososial bagi memastikan penghuni bersedia kembali ke masyarakat."Keberangkatan Tuanku bukan sahaja satu penghormatan, malah menjadi suntikan motivasi kepada penghuni untuk terus memperbaiki diri dan membina masa depan yang lebih baik," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description