Putera Saudi maut di hotel London akibat henti jantung
1 hour ago
LONDON – Putera Arab Saudi, Putera Abdullah bin Fahad bin Abdullah bin Abdulaziz bin Jalawi Al Saud, 29, meninggal dunia akibat henti jantung selepas mengambil campuran alkohol, dadah rekreasi dan beberapa bahan lain, menurut laporan inkues di London baru-baru ini.Menurut laporan media antarabangsa termasuk The Times dan Sky News, mahkamah koroner merekodkan kematian putera daripada keluarga diraja Saudi itu sebagai 'death by misadventure' atau kematian akibat kejadian tidak disengajakan.Putera Abdullah ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi sebuah suite di Marriott Hotel Kensington, London pada 25 November 2025 selepas kakitangan hotel gagal mendapatkan respons daripadanya.Pasukan kecemasan yang tiba di lokasi gagal menyelamatkan nyawanya dan beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Pemeriksaan toksikologi mendapati beliau mengalami henti jantung selepas mengambil alkohol bersama GHB iaitu sejenis dadah rekreasi, selain kesan ganja, ubat penenang Xanax serta beberapa bahan lain.Laporan inkues turut menyatakan paras alkohol dalam darahnya mencapai 222 miligram bagi setiap 100 mililiter, hampir tiga kali ganda had undang-undang memandu di England.Menurut laporan mahkamah, Putera Abdullah sebelum itu pernah mendapatkan rawatan berkaitan masalah penyalahgunaan alkohol dan ubat preskripsi.Beliau menjalani rawatan detoksifikasi di sebuah pusat pemulihan sebelum kematiannya, namun pakar perubatan yang merawatnya tidak menganggap beliau berisiko mencederakan diri selepas keluar daripada rawatan.Koroner Jean Harkin berkata, tiada bukti menunjukkan putera berkenaan berniat menamatkan hayatnya atau terdapat penglibatan pihak ketiga.Siasatan mendapati tiada nota bunuh diri, tanda pergelutan atau kemasukan secara paksa ke bilik hotel tersebut. Rakaman CCTV turut menunjukkan beliau kembali ke hotel seorang diri sebelum kematiannya.Putera Abdullah merupakan anggota keluarga diraja House of Saud, namun jarang tampil dalam perhatian umum. Kematian beliau kemudian diumumkan oleh Mahkamah Diraja Saudi dan jenazahnya dikebumikan di Riyadh. -Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

