Sindiket pecah masuk rumah kedai kosong lombong bitcoin
1 hour ago
SUNGAI SIPUT – Rumah kedai yang ditinggalkan kosong menjadi sasaran sindiket perlombongan bitcoin apabila premis berkenaan dipercayai dipecah masuk sebelum dijadikan pusat kegiatan berkenaan tanpa pengetahuan pemilik.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kegiatan itu terbongkar menerusi empat serbuan di tiga premis di Sungai Siput dan sebuah premis di Seri Iskandar, Perak Tengah pada 31 Ogos lalu.Menurutnya, tiga serbuan di Sungai Siput yang dijalankan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menemukan 132 mesin perlombongan bitcoin selain beberapa peralatan rangkaian."Serbuan pertama kira-kira jam 4 petang di sebuah premis rumah kedai menemukan 58 mesin perlombongan bitcoin, sebuah komputer riba dan dua router, manakala serbuan kedua kira-kira jam 5 petang di Taman SS2 Perdana merampas 26 mesin, sebuah komputer riba dan sebuah router."Serbuan ketiga kira-kira jam 6.30 petang di sebuah premis di Taman Alamanda pula membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang mengaku sebagai penjaga kawasan berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput pada Rabu.Mohd Alwi berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang ditahan mendakwa tidak mengetahui mengenai kegiatan perlombongan bitcoin yang dijalankan di premis berkenaan.Menurutnya, polis turut menjalankan tindakan susulan di sebuah premis di Seri Iskandar selepas menerima maklumat berkaitan penggunaan bekalan elektrik secara tidak sah dan kegiatan perlombongan bitcoin."Hasil pemeriksaan di tingkat satu premis itu menemukan 36 mesin perlombongan bitcoin yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan, selain sebuah router, desktop switch dan segulung kabel elektrik yang telah dipotong."Pemeriksaan awal mendapati premis itu tidak mempunyai meter elektrik yang dibekalkan TNB sebaliknya terdapat sambungan elektrik yang dipercayai dibuat secara tidak sah," katanya.Tambahnya, tiada tangkapan dibuat setakat ini bagi kes di Seri Iskandar dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu serta pihak yang terlibat.Mohd Alwi berkata, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990."Jumlah keseluruhan rampasan daripada dua serbuan ini ialah 168 mesin perlombongan bitcoin, selain peralatan rangkaian dan kabel elektrik berkaitan."Pemilik premis memang dapat kita kesan, tetapi biasanya mereka tidak mengetahui rumah mereka digunakan untuk perlombongan bitcoin," katanya.Mohd Alwi berkata, pemilik meninggalkan premis dalam tempoh lama kerana bekerja di luar Perak dan hanya pulang selepas beberapa bulan atau ketika musim perayaan.Jelasnya, keadaan itu dimanfaatkan pihak terbabit yang akan mengenal pasti rumah kedai kosong sebelum memecah masuk dan memasang mesin perlombongan bitcoin tanpa pengetahuan pemilik.Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan dengan kerjasama TNB bagi mengesan dan membanteras kegiatan mencuri bekalan elektrik untuk aktiviti perlombongan bitcoin.Katanya, polis turut meneliti aspek pemilikan premis, sumber mesin, sambungan elektrik dan aliran kewangan sekiranya mempunyai elemen berkaitan....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

