Tidak hormat penduduk tempatan, Kedutaan Israel jadi sasaran protes
1 hour ago
BANGKOK - Sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di luar Kedutaan Israel di Bangkok pada petang Selasa bagi membantah dakwaan salah laku segelintir warga Israel di Thailand.Demonstrasi itu diketuai Te Acheewa, pemimpin kumpulan Thai Mai Thon yang bermaksud ‘Ketidaktoleranan Thai’.Kumpulan berkenaan mendakwa terdapat pelancong Israel yang tidak menghormati masyarakat tempatan.Mereka turut menuduh segelintir ekspatriat Israel membeli tanah di Thailand dan mendakwa tindakan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan.Te juga mendakwa ada pihak yang mahu menjadikan Thailand seperti 'Palestin yang diduduki'.Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak disertakan bukti dalam kenyataan yang diberikan kepada media.Menurut Te, tiada wakil Kedutaan Israel keluar menemui kumpulan itu sepanjang demonstrasi berlangsung.Beliau memaklumkan perkara tersebut kepada Khaosod English selepas perhimpunan berkenaan.Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 150 penduduk berhimpun di Pantai Patong, Phuket pada Selasa bagi membantah salah laku pelancong asing dengan perhatian khusus diberikan kepada beberapa insiden membabitkan warga Israel.Perhimpunan dikenali sebagai ‘Save Phuket’ itu diadakan susulan rasa tidak puas hati penduduk terhadap beberapa kejadian membabitkan pelancong yang didakwa tidak menghormati undang-undang, perniagaan dan budaya tempatan.Penganjur, Saichon Nuchet berkata, demonstrasi tersebut bukan bertujuan menyasarkan mana-mana kewarganegaraan secara khusus, sebaliknya mahu memastikan imej Phuket tidak tercemar akibat tindakan segelintir pelancong."Kami tidak mahu Phuket digambarkan secara negatif kerana keganasan, sikap tidak menghormati pengusaha, pelanggaran undang-undang atau enggan membayar makanan dan perkhidmatan," katanya.Beliau menegaskan pelancong yang menghormati undang-undang dan budaya Thailand tetap dialu-alukan. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

