Struktur didakwa Bahtera Nabi Nuh dikesan di Turkiye?
1 hour ago
ANKARA - Penyelidik di Turkiye mendakwa menemukan struktur bawah tanah yang mungkin berkaitan dengan Bahtera Nabi Nuh di kawasan Durupinar, kira-kira 30 kilometer di selatan Gunung Ararat.Penemuan terbaharu itu dibuat menggunakan teknologi radar penembus tanah tiga dimensi yang mengesan struktur bersudut, laluan serta beberapa ruang yang saling bersambung di bawah permukaan.Menurut penyelidik, struktur berkenaan dikesan sehingga kedalaman kira-kira enam meter dan kelihatan membentuk beberapa aras di dalam formasi sepanjang 157 meter itu.Saiz tersebut menarik perhatian kerana dikatakan hampir menyerupai ukuran Bahtera Nabi Nuh yang disebut dalam catatan keagamaan.Penyelidik turut merujuk kepada ujian tanah yang mendapati kandungan bahan organik di dalam formasi itu lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.Mereka berpendapat keadaan tersebut mungkin menunjukkan kewujudan bahan organik yang telah mereput, termasuk kemungkinan kayu purba.Bagaimanapun, dakwaan itu masih menjadi perdebatan.Kebanyakan ahli geologi sebelum ini menganggap formasi Durupinar sebagai struktur semula jadi yang terbentuk akibat lipatan batuan, aliran lumpur dan hakisan.Kajian geologi terdahulu juga tidak menemukan bukti kukuh bahawa formasi tersebut merupakan tinggalan sebuah kapal.Dapatan radar terbaharu itu juga masih belum diterbitkan dalam jurnal saintifik yang melalui proses semakan.Setakat ini, tiada serpihan kayu, logam atau bahan buatan manusia yang dapat disahkan telah ditemukan di dalam formasi berkenaan.Pasukan penyelidik Noah’s Ark Scans berkata, siasatan lanjut akan dilakukan termasuk meneliti ruang bawah tanah serta mengambil lebih banyak sampel bagi menentukan asal-usul sebenar struktur tersebut. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

