75 peratus responden akui tertekan dengan dasar Prabowo - Tinjauan

1 hour ago

75 peratus responden akui tertekan dengan dasar Prabowo - Tinjauan
JAKARTA - Sebanyak 75 peratus responden dalam satu tinjauan di Indonesia mengaku mengalami tekanan akibat dasar kerajaan pimpinan Presiden Prabowo Subianto, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai tahap kesejahteraan rakyat sepanjang dua tahun pentadbirannya.Dapatan itu didedahkan Pusat Kajian Ekonomi dan Undang-Undang (CELIOS) bersama kumpulan Kabinet Bayangan menerusi laporan penilaian dua tahun pemerintahan Prabowo dan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.Pengarah Eksekutif CELIOS, Bhima Yudhistira berkata, tinjauan yang melibatkan 1,122 responden itu turut mendapati 67 peratus mengaku mengalami tekanan berkaitan tingkah laku dan gaya kepimpinan Prabowo."Daripada 1,122 responden, sebanyak 75 peratus menyatakan mereka mengalami tekanan akibat dasar kerajaan, manakala 67 peratus secara khusus berasa tertekan dengan tingkah laku Prabowo," katanya ketika membentangkan hasil kajian secara dalam talian pada Ahad.Tinjauan sama mendapati 78 peratus responden menganggap harga barang keperluan sebagai antara masalah paling mendesak yang perlu ditangani kerajaan.Selain itu, sebanyak 58 peratus memberikan perhatian kepada isu peluang pekerjaan dan perlindungan pekerja.Dalam perkembangan berkaitan, 53 peratus responden menyatakan keadaan ekonomi isi rumah mereka semakin merosot berbanding tahun sebelumnya.CELIOS turut mendapatkan pandangan 129 pakar mengenai kepimpinan dan komunikasi awam Presiden Indonesia.Daripada jumlah itu, 71 peratus menilai keupayaan kepimpinan Prabowo sebagai tidak memadai, manakala 93 peratus menyatakan kebimbangan terhadap gaya kepimpinan dan komunikasi awam beliau.Hasil tinjauan tersebut merupakan sebahagian daripada penilaian terhadap prestasi Kabinet Merah Putih menjelang ulang tahun kedua pentadbiran Prabowo-Gibran pada Oktober ini. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description