Jerebu: Sekolah di empat PPD di Selangor ditutup esok - JPNS
1 hour ago
SHAH ALAM - Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling Perdana dan Sepang ditutup sepenuhnya esok berikutan perkembangan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU).Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan sementara itu, semua sekolah di daerah lain di negeri itu beroperasi seperti biasa."Penutupan ini hanya melibatkan semua sekolah di empat daerah berkenaan," menurut kenyataan itu.Susulan itu, pihak sekolah yang terlibat diminta memaklumkan perkara berkenaan kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan."Warga pendidik dan ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengikuti makluman rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan arahan operasi sekolah yang berkaitan."Maklumat lanjut pengoperasian dan pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) dan JPNS," menurut kenyataan itu. - Bernama...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

