Isu koloni Rohingya: Kelantan pertimbang garis panduan baharu kawal sewaan hartanah
1 hour ago
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mempertimbangkan cadangan mewujudkan garis panduan bagi mengawal pemilik tanah dan rumah daripada menyewakan hartanah mereka kepada warga asing termasuk etnik Rohingya.Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, cadangan itu akan dibincangkan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengenal pasti kaedah bersesuaian."Kami kemungkinan menimbang untuk wujudkan garis panduan hal ini dan perlu bincang dengan PTG."Macam mana kaedah untuk mengekang rakyat yang mana disebut sebagai 'si buang’ atau kurang patriotik ini daripada menyewakan tanah atau rumah mereka kepada warga asing apatah lagi kepada masyarakat Rohingya," katanya.Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini pada Isnin.Menurutnya, langkah itu penting bagi meningkatkan kesedaran rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya menyewakan harta mereka kepada golongan itu hingga mewujudkan kelompok yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat setempat."Kempen ini akhirnya kembali kepada rakyat."Rakyat perlu ada kesedaran, kalau tak bagi sewa, insya-ALLAH dapat jaga keharmonian sebab kita tak nak wujud kelompok atau koloni kerana akan mengganggu masyarakat," ujar beliau.Hilmi menjelaskan, urusan penyewaan tanah mempunyai perbezaan dengan pajakan kerana perjanjian sewa bagi tempoh kurang tiga tahun tidak perlu didaftarkan di pejabat tanah, berbanding urusan pajakan yang perlu melalui proses pendaftaran serta kebenaran pihak negeri.Katanya, keadaan itu menjadi antara kekangan kerajaan negeri untuk mengawal urusan penyewaan hartanah kepada warga asing kerana hak pemilik tanah kekal kepada pemilik asal.Hilmi menjelaskan, isu Rohingya tidak boleh disamakan dengan warga asing lain termasuk pekerja Bangladesh kerana kedua-duanya mempunyai latar belakang dan status berbeza.Dalam pada itu, katanya, terdapat juga pekerja asing yang memiliki permit kerja tetapi menjalankan perniagaan menggunakan lesen yang didaftarkan atas nama rakyat tempatan.Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap premis yang didapati menjalankan perniagaan di bawah penguasaan warga asing tanpa mematuhi syarat lesen.Statistik Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) merekodkan sebanyak 47 premis perniagaan milik warga asing dikenakan tindakan kompaun dan sita dari Januari hingga Ogos tahun ini.Daripada jumlah itu, warganegara Pakistan mencatatkan pecahan tertinggi sebanyak 29 premis, diikuti Aceh (10 premis) serta Bangladesh dan Rohingya (lapan premis)."Antara kesalahan utama adalah beroperasi tanpa lesen sah dengan 25 kes, selain 24 kes kesalahan tiada lesen iklan."Pihak berkuasa turut mengenakan 21 kes atas kesalahan melanggar syarat lesen serta sembilan tindakan sitaan," katanya Hilmi....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

