Tunggu lampam, dapat peacock bass di Empangan Kelau
14 小时前
RAUB - Lampam yang ditunggu-tunggu, ikan peacock bass (PB) menjadi hasil tangkapan di Empangan Kelau di sini pada Ahad.
Ikan berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan itu dilabelkan sebagai spesies asing berbahaya dan mampu mengancam ekosistem hidupan air di negara ini.
Pengalaman itu dikongsi seorang kaki pancing, Abdul Hadi Mohd Tarmizi, 42, yang mengakui terkejut dengan hasil tangkapan tersebut.
"Ia pengalaman kali pertama dapat ikan PB selepas beberapa tahun memancing di empangan ini.
"Saya pernah dengar cerita ikan PB ini dilepaskan di sini (empangan) empat tahun lepas oleh kaki pancing juga dan pernah menggigit jari orang," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Jelasnya, hasil tangkapan itu turut dimuat naik di platform TikTok miliknya dan mendapat perhatian netizen yang gusar dengan nasib spesies ikan tempatan.
Ujarnya, sifat pemangsa PB itu dapat dilihat ketika disiang terdapat empat anak lampam dalam perut ikan terbabit.
"Ikan PB yang dapat ditangkap pada hari tersebut boleh mencecah lebih sekilogram dan pada mulanya ingatkan toman kalau ikutkan gaya rentapannya.
"Dah jumpa macam ini memang risau kerana spesies tempatan boleh musnah jika dibiarkan membiak di sini," tambahnya.
Jelas Abdul Hadi, ikan PB itu kemudiannya diserahkan kepada rakannya dan difahamkan boleh disediakan bagi masakan tiga rasa....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️