Sidang kemuncak pemimpin Arab fokus pemulihan Gaza

23 小时前

Sidang kemuncak pemimpin Arab fokus pemulihan Gaza
RIYADH - Para pemimpin Arab berhimpun di Riyadh pada Jumaat bagi membincangkan usaha bersama dalam menyokong perjuangan Palestin dan perkembangan terkini di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi memetik Agensi Berita Saudi (SPA). Para pemimpin menyatakan sokongan terhadap Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mac di Kaherah. Mesyuarat itu diadakan atas jemputan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, dan dihadiri oleh Raja Jordan Raja Abdullah II, Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, Amir Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan Putera Mahkota Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa. Pertemuan ini berlangsung pada saat kritikal bagi rantau ini susulan laporan mengenai rancangan Presiden AS Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih wilayah itu. Cadangan itu mendapat kecaman hebat dari dunia Arab dan banyak negara lain, yang menganggapnya sebagai tindakan pembersihan etnik. Para pemimpin bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, dengan tumpuan utama diberikan kepada perjuangan Palestin dan keadaan di Gaza. Pada 18 Februari, Kementerian Luar Mesir mengumumkan bahawa Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab yang pada asalnya dijadualkan pada 27 Feb telah ditunda ke 4 Mac atas sebab logistik dan persiapan. Pada 16 Februari, al-Sisi mengesahkan bahawa negaranya sedang merangka pelan komprehensif untuk membangunkan semula Gaza tanpa memindahkan penduduknya. Gaza kini berada dalam keadaan porak-peranda selepas perang selama berbulan-bulan. Gencatan senjata berkuat kuasa bulan lalu, menghentikan serangan Israel yang telah meragut lebih 48,300 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Bernama ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description