Semua peraturan perang dilanggar di Gaza - UNRWA
4 天前
GAZA - Serangan udara Tentera Israel mengenai bangunan Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di Jabalia, utara Gaza pada Khamis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) memetik Ketua Pesuruhjayanya Philippe Lazzarini.
"Bangunan itu sebelum ini merupakan pusat kesihatan yang mengalami kerosakan teruk pada awal konflik. Laporan awal menunjukkan lebih 700 orang berlindung di kemudahan itu ketika ia diserang. Antara yang terbunuh dilaporkan sembilan kanak-kanak, termasuk seorang bayi berusia dua minggu,” katanya menerusi hantaran di akaun X rasminya.
"Keluarga yang kehilangan tempat tinggal kekal di pusat perlindungan itu selepas serangan kerana mereka tiada tempat lain untuk dituju. Sejak konflik bermula, lebih 300 bangunan PBB telah rosak atau musnah sepenuhnya walaupun koordinatnya sentiasa dikongsi dengan pihak bertelagah. Lebih 700 orang terbunuh ketika mencari perlindungan di bawah PBB,” tambahnya.
"Terlalu banyak premis UNRWA turut dilaporkan telah digunakan bagi tujuan ketenteraan dan pertempuran oleh kumpulan Palestin atau tentera Israel. Sikap tidak menghiraukan langsung terhadap kakitangan, premis dan operasi PBB adalah satu pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.”
Beliau sekali lagi menyeru siasatan bebas dijalankan bagi mengenal pasti keadaan di sebalik setiap serangan dan pelanggaran serius yang berlaku.
"Di Gaza, semua peraturan perang telah dilanggar berulang kali,” katanya. - Bernama-WAM
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️