Kanak-kanak kebuluran di Gaza akibat sekatan Israel

20 小时前

Kanak-kanak kebuluran di Gaza akibat sekatan Israel
ISTANBUL - Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat pada Jumaat menyuarakan kebimbangan bahawa kanak-kanak di Gaza kini menghadapi kebuluran ekoran sekatan bantuan oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA). "#Gaza: Kanak-kanak sedang kebuluran. Kerajaan Israel terus menghalang kemasukan makanan dan keperluan asas lain. "Ini adalah kebuluran buatan manusia dan bermotif politik. Hampir dua bulan Gaza dikepung. Seruan agar bantuan dibenarkan masuk tidak diendahkan,” tulis Philippe Lazzarini di platform X. Kenyataan itu dibuat ketika Program Makanan Sedunia (WFP) memaklumkan bahawa mereka mengagihkan stok makanan terakhir kepada dapur-dapur komuniti di Gaza. Menurut agensi PBB itu, wilayah Gaza kini berdepan risiko kehabisan bekalan makanan dalam masa terdekat. Sejak 2 Mac lalu, semua laluan bantuan ke Gaza ditutup sepenuhnya, penutupan paling lama dalam sejarah wilayah itu - melebihi tujuh minggu tanpa sebarang bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk. Israel menyambung semula serangan di Gaza pada 18 Mac, sekali gus menamatkan gencatan senjata yang dimeterai pada Januari. Sejak Oktober 2023, lebih 51,400 penduduk Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak, dilaporkan terbunuh. - Bernama/Anadolu ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description