Perancis bertekad iktiraf negara Palestin - Menteri Luar

1 天前

Perancis bertekad iktiraf negara Palestin - Menteri Luar
ISTANBUL - Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot pada Jumaat mengulangi tekad negara itu untuk mengiktiraf Negara Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA).Perancis akan "menegakkan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dengan mengiktiraf Negara Palestin," katanya semasa berucap dalam acara masyarakat sivil bertajuk "Paris Call for the Two-State Solution, Peace and Regional Security" anjuran Forum Keamanan Paris."Saya tegaskan sekali lagi di sini: apa pun perkembangan terkini di rantau ini, Perancis bertekad untuk melaksanakannya."Barrot mengingatkan bahawa sudah tiba masanya untuk membawa penyelesaian politik kepada rakyat Palestin dan berkata mereka akan memberi tumpuan kepada isu itu semasa persidangan berkaitan penyelesaian dua negara anjuran Perancis dan Arab Saudi dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadual berlangsung di New York hujung bulan ini."Penyelesaian politik ini melibatkan penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaya maju dengan tadbir urus baharu serta jaminan keselamatan kukuh untuk rakyat Israel dan Palestin," katanya.Barrot turut menggesa "keberanian" dan "mobilisasi kuat" daripada masyarakat antarabangsa ke arah "jalan keamanan", sambil mengulangi keperluan untuk "gencatan senjata segera, pembebasan segera dan tanpa syarat semua tawanan, serta penghantaran bantuan kemanusiaan secara besar-besaran dan tanpa halangan ke Semenanjung Gaza.""Penyelesaian dua negara, yang terus kami pegang dengan teguh - sebagai prasyarat untuk keamanan dan keselamatan di rantau ini serta keperluan di bawah undang-undang antarabangsa - kini berdepan ancaman kewujudan: peningkatan tindakan unilateral di lapangan, pencepatan peluasan penempatan dan prospek pengilhakan, kebencian yang semakin mendalam serta keruntuhan proses damai," tegasnya.Barrot berkata "terlalu ramai" orang awam menjadi mangsa konflik di Gaza yang "berlarutan terlalu lama." - Bernama  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description