Iran perlu bersetuju sebelum 'tiada apa-apa yang tinggal' - Trump
1 天前
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran kepada Iran pada Jumaat agar bersetuju dengan perjanjian nuklear, sambil menegaskan "sebelum tiada apa-apa yang akan tinggal".Kenyataan itu merupakan reaksi pertama Trump selepas Israel melancarkan serangan ke atas Iran awal pagi Jumaat, yang telah mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konflik besar antara dua kuasa ketenteraan utama di Asia Barat.Trump mendakwa beliau telah cuba mendorong kepimpinan Iran ke arah diplomasi, namun usaha itu gagal."Dua bulan lalu saya memberi Iran kata dua selama 60 hari untuk ‘membuat perjanjian’. Mereka sepatutnya melakukannya. Hari ini hari ke-61… Kini mereka mungkin ada peluang kedua!" tulis beliau."Saya telah memberi Iran peluang demi peluang. Saya memberitahu mereka, dengan tegas, bahawa tidak kira betapa sukarnya mereka mencuba, mereka tidak akan berjaya menyelesaikannya," tambah Trump.Beliau turut mendakwa beberapa pemimpin Iran bersuara dengan berani namun sebenarnya tidak mengetahui apa yang bakal berlaku. Trump juga mendakwa pemimpin Iran telah "mati" secara politik, dan situasi dijangka bertambah buruk.Sementara itu, laporan The Wall Street Journal menyatakan Israel telah bersiap sedia melancarkan serangan sejak beberapa minggu lalu, dan memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan boleh berlaku seawal Ahad ini sekiranya Iran enggan menghentikan pengeluaran bahan untuk senjata nuklear.Serangan rasmi Israel ke atas Iran disahkan oleh Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz. Beliau turut mengumumkan pengisytiharan darurat di seluruh negara dan menjangkakan serangan balas peluru berpandu serta dron dari Iran ke atas kawasan awam di Israel dalam masa terdekat.Siren kecemasan telah dibunyikan di Jerusalem dan beberapa bandar utama lain sebagai langkah berjaga-jaga.Seorang pegawai kanan Iran mengesahkan bahawa Tehran telah diserang dan memaklumkan bahawa jet pejuang Iran telah berlepas untuk mempertahankan ruang udara negara.Pegawai itu turut mendakwa jet pejuang Israel sedang giat melancarkan serangan udara ke atas wilayah Iran.Penduduk di Tehran melaporkan mereka terdengar beberapa letupan berturut-turut yang menggegarkan tingkap dan tanah, disertai cahaya terang yang kelihatan di langit bandar raya itu.Ketika serangan berlaku, lebih 1,000 rakyat Iran sedang mengikuti satu sesi perbincangan langsung di aplikasi sosial Clubhouse, membincangkan isu diplomasi antara Iran dan Amerika Syarikat. - Awani ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️