Iran desak PBB ambil tindakan tegas terhadap pencerobohan Israel
1 天前
TEHRAN - Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi menegaskan keperluan mendesak untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera susulan tindakan pencerobohan Israel terhadap Iran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).Dalam perbualan telefon pada Jumaat dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Araqchi memaklumkan butiran serangan Israel ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk pangkalan tentera, kemudahan nuklear dan kawasan kediaman.Beliau menegaskan bahawa tindakan Israel itu merupakan pelanggaran serius terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Iran sebagai sebuah negara anggota PBB yang berdaulat.Diplomat tertinggi itu menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan pencerobohan terang-terangan, sambil menekankan bahawa Republik Islam berhak mempertahankan diri seperti yang termaktub dalam Perkara 51 Piagam PBB.Araqchi menyeru PBB bertindak segera selaras dengan tanggungjawabnya di bawah Piagam PBB untuk mengecam serangan Israel serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rejim itu dipertanggungjawabkan.Guterres dalam reaksi balas menyatakan kekesalan dan mengecam serangan tersebut, sambil berjanji akan menggunakan kapasiti PBB untuk meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau itu.Dalam perkembangan awal pagi Jumaat, rejim Israel melancarkan siri serangan ketenteraan di sekitar ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain.Dalam peningkatan ketara konflik, Tel Aviv turut menyasarkan bangunan kediaman di dalam dan sekitar Tehran.Tentera Israel turut melancarkan serangan terhadap kepimpinan tertinggi ketenteraan Iran.Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Baqeri dan Komander Tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami dilaporkan terbunuh dalam serangan itu di Tehran. - Bernama-IRNA...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️