Kecewa kereta remuk dirempuh, insurans pelaku pula tamat tempoh
1 天前
SHAH ALAM - Tular satu video memaparkan kereta jenis Perodua Myvi milik seorang gadis remuk dirempuh kenderaan lain ketika diletakkan di kawasan parkir sebuah apartmen di Bukit Raja, Klang.Pemilik kereta tersebut, Nurul Asyiqin Nazri, 25, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh pengawal keselamatan berhubung kejadian yang berlaku pada 27 Jun lalu kira-kira jam 11.30 malam sebelum bergegas turun ke ruang parkir apartmen.Menerusi perkongsiannya di TikTok, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu memperlihatkan seorang lelaki pertengahan umur sedang menolak kereta jenis Proton Waja dipercayai cubaan untuk menghidupkan enjin, namun tidak sempat masuk semula ke dalam kereta terbabit lalu ia menuruni bukit dengan sangat laju.Kereta itu kemudiannya dilihat terbabas melanggar Perodua Myvi Nurul Asyiqin yang diletakkan di tingkat parkir bawah."Bukan sehari dua kumpul duit nak beli kereta. Kerja macam orang gila nak ubah suai kereta sampaikan tak cukup tidur, makan dan rehat bahkan selalu tak sihat."Jaga macam nyawa sendiri tapi kemalangan disebabkan kecuaian orang lain? Nak mula balik? Dah tak ada rasa. Kalau salah sendiri boleh terima," katanya.Hantaran Nurul Asyiqin yang tular sejak minggu lalu itu menerima lebih dari 5.3 juta tontonan, 222,700 tanda suka dan 22,700 perkongsian.Gadis terbabit diberitahu bahawa pelaku merupakan penghuni apartmen berkenaan dan turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka serta tangan."Dia (pak cik) beritahu brek keretanya rosak. Selepas itu, kami ke balai polis untuk buat laporan," ujarnya.Lebih malang lagi, dia diberitahu polis bahawa cukai jalan dan insurans lelaki berkenaan tamat tempoh sejak 2022, sekali gus menjadikan proses tuntutan insurans ke atas kereta pelaku sukar dibuat.Bagaimanapun Nurul Asyiqin berkata, dia memaafkan individu berkenaan dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian ALLAH SWT.Tambahnya, tiga hari selepas kejadian, dia pergi ke pejabat pengurusan untuk melihat rakaman CCTV bagi mengetahui perkara sebenar."Ini sebenarnya ujian ALLAH SWT untuk saya, tak tahu nak cakap macam mana lagi. Marah, sedih, kecewa semua ada," ujarnya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️