Meta Melantik Connor Hayes Untuk Mengetuai Threads Menggantikan Adam Mosseri
2 天前

Beliau akan menggantikan Mosseri secara rasmi bermula September depan. Dalam memo yang dikongsi kepada kakitangan, Mosseri mengatakan Threads kini semakin matang dan oleh itu memerlukan memimpin aplikasi khusus yang boleh memfokuskan sepenuh masa memajukan lagi aplikasi.
Pelantikan Hayes dilihat sebagai petanda awal Meta akan memperkenalkan pelbagai ciri AI generatif di Threads. Mark Zuckerberg minggu ini mengumumkan Meta akan membina pusat data dan ratusan juta bagi memancing kakitangan pesaing bagi menjayakan Meta Intelligence Labs. Kami meramalkan kelak Meta AI akan ditawarkan di Threads dengan ciri mirip dengan Grok di X.
Jumlah pengguna harian Threads kini semakin menghampiri angka X yang merupakan pesaing terdekatnya. Isu dengan pemilik dan kandungan di X menjadi sebab ramai melompat ke platform lain.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free