Ulat ditemui dalam makanan kantin

1 天前

Ulat ditemui dalam makanan kantin
PUNE – Pelajar Universiti Savitribai Phule Pune (SPPU), India meluahkan rasa marah selepas seekor ulat ditemui dalam makanan yang disajikan di kantin utama institusi itu pada 22 Julai lalu.Rakaman kejadian yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan pelajar yang sebelum ini turut mengadu tentang masalah kebersihan termasuk penemuan lipas, serpihan kaca dan getah dalam makanan.Kantin yang dikenali sebagai Refectory itu menjadi pilihan utama kerana menawarkan makanan pada harga berpatutan serta terletak berhampiran Jabatan Sosiologi, Kimia dan Fizik.Insiden terbaharu itu mendorong sekumpulan pelajar mengadakan protes terhadap kontraktor kantin dan pihak pentadbiran universiti sambil menuntut agar kawalan serangga dilakukan segera bagi mengelakkan jangkitan atau keracunan makanan.Laporan The Democrat menyebut, Presiden Pemuda RPI (Kumpulan Athawale) Pimpri-Chinchwad, Dammratna Gaikwad telah menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor, Dr Suresh Gosavi bagi mendesak tindakan segera.Pihak universiti dilaporkan berjanji akan mengambil langkah pemulihan termasuk kerja pembersihan, baik pulih infrastruktur asrama dan semburan racun serangga."Ini soal kesihatan dan maruah kami. Sampai bila pihak universiti mahu terus berdiam diri?" soal seorang pelajar. – Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description