Lelaki dikecam suap bayi susu mentah terus dari lembu

1 天前

Lelaki dikecam suap bayi susu mentah terus dari lembu
NEW DELHI – Tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki memberi bayi minum susu mentah terus dari puting seekor lembu, mencetuskan kemarahan ramai di media sosial.Video yang dimuat naik di platform X dengan kapsyen, "Adakah ini baik untuk bayi? Tolong jawab," menunjukkan lelaki tersebut tersenyum sambil menyuap bayi berkenaan dengan susu lembu yang tidak dipasteur.Rakaman itu yang tidak dinyatakan tarikhnya telah ditonton lebih 900,000 kali setakat ini dan dibanjiri komen daripada pengguna media sosial yang mengecam tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan berisiko tinggi terhadap kesihatan bayi.Seorang pengguna X menulis: "Tidak! Ia tidak baik. Susu yang baru diperah mengandungi bakteria berbahaya kepada kanak-kanak dan hanya boleh dihapuskan melalui proses pasteurisasi."Pengguna lain menyifatkan tindakan itu sebagai "sukar ditonton" kerana mendedahkan bayi kepada pelbagai patogen berbahaya.Antara bakteria yang boleh terkandung dalam susu mentah termasuklah Salmonella, E. coli, Campylobacter, Staphylococcus aureus, Yersinia, Brucella, Coxiella dan Listeria.Seorang doktor dengan nama pengguna @theliverdr, atau Dr Cyriac Abby Philips dari Kerala, menyifatkan tindakan tersebut sebagai "kebodohan tahap tinggi"."Minum susu mentah kini jadi trend dalam kalangan ‘cendekiawan bodoh’ yang tidak faham teori kuman. Tapi sampai tahap seperti ini... ini bukan sekadar bodoh, ini boleh dianggap cubaan membunuh anak," katanya.Tambah beliau lagi, bukan sahaja susu mentah berisiko, malah bakteria dari kulit puting lembu itu sendiri boleh membawa kesan yang lebih dahsyat. – Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description