Pelajar Tingkatan Dua hilang: ‘Pulanglah Maisarah, mama rindu'

1 天前

Pelajar Tingkatan Dua hilang: ‘Pulanglah Maisarah, mama rindu'
MELAKA - Sepasang suami isteri masih menanti kepulangan anak bongsu mereka yang juga pelajar Tingkatan Dua selepas dilaporkan hilang sejak Mei lalu.Remaja perempuan itu, Nor Alieya Maisarah Mohd Hassan, 14, dipercayai keluar dari rumahnya di Taman Seri Telok Emas pada 8 Mei lalu dengan membawa beg sekolah dan beberapa helai pakaian.Ibunya, Noorlaili Mahat, 53, yang bekerja sebagai tukang masak berkata, beliau bersama suaminya, Mohd Hassan Elias, 52, serta dua anak mereka yang lain telah berusaha mencari Maisarah namun sehingga kini masih gagal menemukannya.Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu anaknya itu ialah sebelum keluar bekerja di sebuah restoran ikan bakar pada jam 4 petang, 8 Mei lalu."Saya merayu agar anak saya pulang segera. Setiap hari saya menangis mengenangkan anak yang saya jaga selama ini, tiba-tiba hilang tanpa sebarang berita."Baliklah, mama rindukan adik. Mama minta maaf kalau adik ada terasa hati dengan mama. Kalau ada sesiapa yang ambil anak saya, tolonglah pulangkan dia."Kalau adik ada di mana-mana pun, telefon mama. Kasihanilah mama dan papa yang hari-hari keluar mencari adik, tapi kami tak tahu di mana hendak cari," katanya ketika ditemui pada Sabtu.Tambah Noorlaili, laporan polis telah dibuat pada hari sama anaknya dilaporkan hilang, namun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan.Malah, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan anaknya itu termasuk menggunakan kaedah pencarian alternatif."Jumpa bomoh, solat hajat, keluar mencarinya sendirian menaiki motosikal di kawasan sekitar, semuanya saya dah buat, tapi masih belum menemui sebarang petunjuk."Sehingga kini saya dan suami buntu, kerana Maisarah bukanlah remaja yang bebas berkawan, malah setahu saya, dia juga tidak mempunyai teman lelaki," ujarnya.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Nor Alieya Maisarah boleh menghubungi ibunya di talian 014-3818326....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description