Trump dakwa AS$100 juta untuk mangsa kebakaran Los Angeles 'hilang'

1 天前

Trump dakwa AS$100 juta untuk mangsa kebakaran Los Angeles 'hilang'
MOSCOW - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa bahawa sejumlah AS$100 juta yang dikumpulkan menerusi konsert amal 'FireAid' awal tahun ini bagi membantu mangsa kebakaran hutan di California dilaporkan 'hilang', lapor Sputnik."AS$100 juta hilang. Dana itu sepatutnya disalurkan kepada mangsa kebakaran di Los Angeles. Kebakaran yang, dengan pengurusan yang betul, tidak sepatutnya berlaku," kata Trump di platform Truth Social.Trump turut menuduh Gabenor California Gavin Newsom enggan melepaskan 'berbilion gelen air' dari utara negeri itu dan wilayah barat laut Pasifik."Saya membatalkan keputusan beliau dan kini air itu telah dilepaskan."Semua permit perumahan persekutuan juga telah diluluskan, tetapi pihak bandar lewat bertahun-tahun. Beri kelulusan segera kepada mangsa kebakaran untuk membina semula dan lakukannya sekarang!" katanya.'FireAid' ditubuhkan oleh Yayasan Annenberg pada Januari 2025 bagi mengumpul dana melalui konsert untuk mangsa kebakaran hutan Eaton dan Palisades yang mengorbankan lebih 30 nyawa serta menyebabkan puluhan ribu orang hilang tempat tinggal di beberapa kawasan di Los Angeles.Konsert itu berjaya mengumpulkan anggaran AS$100 juta yang pada asalnya dirancang untuk diagihkan sebagai 'bantuan langsung'.Namun, menurut laporan Fox News minggu lalu, pihak 'FireAid' menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membuat pembayaran terus kepada individu dan perkara itu tidak pernah menjadi perancangan asal.Media tempatan AS melaporkan bahawa dana itu telah disalurkan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan tempatan.Fox News menyatakan bahawa sekurang-kurangnya AS$6.5 juta disalurkan kepada Daerah Los Angeles.Bagaimanapun, tidak jelas sama ada mana-mana dana terbabit sampai kepada mangsa kebakaran. - Bernama  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description